Utama

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Luar Negara

Pakar Usus Dedah 5 Cara Mudah Atasi Masalah Perut Tak Selesa
Dalam kesibukan rutin seharian, ramai yang cenderung mengabaikan rasa tidak selesa pada perut. Ada yang menganggapnya sekadar kesan pemakanan atau masalah sementara.
Namun hakikatnya, gangguan pada perut tidak semestinya berpunca daripada apa yang kita makan semata-mata.
Kali ini, SK akan kongsikan lima rahsia untuk pencernaan lebih baik menurut pakar usus dalam portal The Healthy.
Menurut portal The Healthy, antara nasihat pakar paling asas ialah meningkatkan pengambilan serat harian.
“Perkara nombor satu yang saya sarankan kepada semua peringkat umur untuk pencernaan lebih baik ialah menambah serat dalam diet harian,” kata pakar diet berdaftar dari Florida, Gisela Bouvier.

Serat memainkan peranan penting dalam menyuburkan bakteria baik dalam usus, melancarkan pembuangan air besar dan menyokong kesihatan metabolik.
Kajian tahun 2025 yang melibatkan lebih 17 juta individu turut mendapati diet tinggi serat dikaitkan dengan risiko lebih rendah penyakit jantung, diabetes, beberapa jenis kanser dan kematian pramatang.
Dalam jangka masa terdekat, pengambilan serat secara konsisten bersama air yang mencukupi mampu meningkatkan keselesaan pencernaan dan kesihatan usus secara keseluruhan.
Dalam portal The Healthy, Dr. Harmony Allison, pakar gastroenterologi di Tufts Medical Center, Dr. Allison mengesyorkan agar waktu makan ditetapkan secara konsisten, iaitu makan pada waktu yang hampir sama setiap hari.
Kajian menunjukkan bahawa usus mempunyai jam biologi tersendiri yang membantu mengawal proses pencernaan.

Satu ulasan kajian tahun 2025 mendapati waktu makan yang konsisten boleh membantu pencernaan yang lebih baik dan mengekalkan keseimbangan bakteria usus.
Selain itu, ia juga mengurangkan keradangan dan menguatkan lapisan perlindungan usus.
Kesannya, risiko penyakit kronik juga dapat dikurangkan.
Dr. Allison dalam portal The Healthy turut menasihatkan untuk makan makanan sebenar untuk kesihatan usus.
Difahamkan, makan mengikut jadual tidak memberi kesan jika makanan tersebut terdiri daripada makanan ultra proses.
Beliau mencadangkan tiga hingga lima hidangan sayur setiap hari, dua jenis protein sihat dan dua jenis karbohidrat kompleks.

Dr. Eamonn Quigley pula menyatakan diet Mediterranean antara yang terbaik untuk kesihatan pencernaan.
Diet ini rendah lemak tepu dan gula halus, kaya dengan buah, sayur dan bijirin penuh yang membantu pergerakan usus, serta rendah daging merah yang dikaitkan dengan kanser kolon.
Selain itu, ia juga mempunyai kesan anti-radang yang baik untuk kesihatan keseluruhan.
Pakar diet Kim Shapira dalam portal The Healthy menyarankan agar proses makan diperlahankan.
Elakkan gangguan dan ambil masa untuk menghidu makanan supaya penghasilan air liur dapat dirangsang.
Difahamkan, ini adalah tanda awal tubuh bersedia untuk mencerna makanan.

Selain itu, kunyah makanan lebih lama daripada biasa kerana mengunyah adalah satu-satunya proses mekanikal dalam pencernaan.
Ia membantu perut memecahkan protein dan lemak dengan lebih baik serta meningkatkan penyerapan nutrien.
Makan secara lebih sedar juga membantu mengenal pasti rasa lapar dengan tepat, sekali gus mengurangkan risiko makan berlebihan atau kekurangan nutrisi.
Menurut portal The Healthy, pencernaan berfungsi paling baik apabila sistem saraf dalam keadaan tenang.
Dr. David M. Clarke menjelaskan bahawa sistem ‘rehat dan cerna’ perlu lebih aktif berbanding sistem ‘lawan atau lari’.

Menurut beliau, kesibukan berpanjangan dan mengabaikan penjagaan diri adalah punca utama ketidakseimbangan sistem saraf dan pencernaan.
Meluangkan masa untuk aktiviti yang memberi kegembiraan tanpa tujuan lain adalah penawar yang sangat berkesan.
Apabila ini dapat dilakukan, sistem pencernaan akan berfungsi dengan jauh lebih baik.