Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Panduan dan Tip Melancong Ke Turki
Gambar AI
Tiada Kategori

Panduan & Tip Sebelum Melancong Ke Turki

suhaila

Panduan & Tip Sebelum Melancong Ke Turki

Turki merupakan negara yang kaya dengan sejarah, budaya, dan landskap yang menakjubkan. Ianya telah menjadi destinasi popular bagi pelancong Malaysia.

Kedudukannya yang unik antara Eropah dan Asia menggabungkan keindahan alam, warisan sejarah, dan kemodenan bandar seperti Istanbul.

Dari seni bina ikonik di Istanbul hingga pantai eksotik di Antalya, Turki menawarkan pengalaman yang mempesona dan kenangan indah untuk pelancong.

Terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui supaya perjalanan anda lebih lancar dan menyeronokkan.

Berikut kami kongsikan beberapa tip penting dan panduan yang perlu anda ketahui sebelum melancong ke Turki:

1. Visa

Rakyat Malaysia boleh melancong ke Turki tanpa visa selama 90 hari. Walau bagaimanapun, jika anda tinggal lebih lama daripada 90 hari, atau memasuki Turki sebagai pelajar atau pekerja, anda memerlukan visa.

Warganegara Malaysia yang memerlukan visa untuk memasuki Turki, anda boleh memohon e-visa secara dalam talian melalui laman web rasmi kerajaan Turki.

Kadang-kadang, anda juga mungkin perlu menunjukkan bukti perjalanan pulang, tempahan hotel, dan kad kredit atau baki bank untuk membuktikan anda mampu menampung perbelanjaan semasa di sana.

2. Bahasa

Bahasa rasmi di Turki adalah Bahasa Turki. Walau bagaimanapun, ramai penduduk terutamanya di bandar-bandar utama seperti Istanbul dan Ankara fasih berbahasa Inggeris, terutamanya di tempat-tempat pelancongan.

Anda juga digalakkan mempelajari beberapa frasa asas dalam Bahasa Turki boleh membantu, seperti “Merhaba” (Hello), “Teşekkür ederim” (Terima kasih), dan “Evet” (Ya).

3. Wang dan Mata Wang

Mata wang di Turki adalah Lira Turki (TRY). Anda boleh menukar wang di lapangan terbang, bank, atau mesin ATM. Banyak tempat juga menerima kad kredit, tetapi sebaiknya bawa sedikit wang tunai untuk tempat-tempat yang lebih kecil.

Menukar wang di Turki boleh memberi kadar tukaran yang lebih baik berbanding menukarnya di luar negara sebelum anda berlepas.

4. Cuaca dan Pakaian

Cuaca di Turki boleh berbeza mengikut musim dan kawasan. Jika anda pergi pada musim panas, suhu boleh menjadi sangat panas, terutamanya di kawasan pantai. Musim sejuk boleh sangat sejuk, terutamanya di kawasan bergunung seperti di Cappadocia.

Pastikan anda membawa pakaian yang sesuai dengan cuaca. Jika melancong ke kawasan yang lebih konservatif, pastikan anda berpakaian sopan, terutamanya ketika melawat masjid atau tempat ibadat.

5. Keselamatan dan Kesihatan

Turki adalah negara yang relatif selamat untuk pelancong. Namun, seperti di mana-mana tempat, berwaspada dengan barang berharga dan elakkan kawasan yang dianggap tidak selamat.

Selain itu juga, pastikan anda mempunyai insurans perjalanan yang meliputi perubatan. Air paip di Turki selamat untuk diminum di kebanyakan kawasan, tetapi lebih baik membeli air botol di tempat-tempat pelancongan.

6. Pengangkutan

Di bandar besar seperti Istanbul, sistem pengangkutan awam (bas, metro, feri) sangat efisien. Anda boleh membeli Istanbulkart (kad pengangkutan) yang boleh digunakan di seluruh sistem pengangkutan awam.

Selain itu, sekiranya anda ingin menggunakan teksi, pastikan menggunakan teksi yang sah (yang menggunakan meter). Sebaiknya, elakkan menawar harga dengan pemandu teksi yang tidak sah.

Jika merancang untuk menjelajah kawasan luar bandar, sewa kereta boleh menjadi pilihan yang baik. Periksa polisi insurans dan simpan peta atau aplikasi navigasi.

BACA : Ini 7 Pelaburan Terbaik Untuk Simpan Duit

7. Tempat Menarik

  • Istanbul

    • Hagia Sophia: Sebuah monumen ikonik yang pernah menjadi gereja, masjid, dan kini muzium, dengan seni bina Bizantium yang memukau.

    • Masjid Biru (Sultan Ahmed Mosque): Masjid megah dengan jubin biru yang terkenal dan sejarah yang mendalam.

    • Topkapi Palace: Istana yang menjadi kediaman Sultan Ottoman, kini sebuah muzium dengan koleksi sejarah dan artifak.

    • Grand Bazaar: Pasar tertutup yang menawarkan pelbagai barang tempatan, termasuk rempah, tekstil, dan cenderamata.

  • Cappadocia

    • Dikenali dengan formasi batu yang unik dan bandar bawah tanah, serta pengalaman menaiki belon udara panas untuk pemandangan yang menakjubkan.

  • Pamukkale

    • Terkenal dengan teras putih semula jadi yang terbentuk akibat deposit kalsium dari air panas. Ia juga mempunyai Hierapolis, sebuah tapak arkeologi Romawi.

  • Ephesus

    • Ruins purba yang mengagumkan, termasuk Temple of Artemis (antara Tujuh Keajaiban Dunia Kuno) dan Perpustakaan Celsus yang ikonik, memberikan gambaran mendalam tentang sejarah Romawi.

  • Antalya

    • Terkenal dengan pantai yang indah dan resort tepi Laut Mediterranean, menjadikannya destinasi percutian pantai yang sempurna dengan pemandangan yang menakjubkan.

8. Budaya dan Adab

Turki adalah negara yang kaya dengan sejarah dan budaya. Ketika melawat masjid atau tempat ibadat, pastikan berpakaian sopan (menutup aurat), dan menghormati amalan agama tempatan.

Di pasar-pasar seperti Grand Bazaar, tawar-menawar adalah perkara biasa. Cubalah untuk berunding dengan harga yang lebih rendah dengan senyuman.

9. Makanan dan Minuman

Makanan tradisional Turki yang terkenal ialah masakan seperti kebab, meze, baklava, dan simit (roti bulat). Jangan lupa untuk mencuba teh Turki dan kopi Turki yang terkenal.

Kebanyakan restoran di Turki menyajikan makanan halal, tetapi lebih baik memastikan sebelum memesan.

10. Wi-Fi dan Internet

Kebanyakan restoran, hotel, dan kafe di Turki menawarkan Wi-Fi percuma. Anda juga boleh membeli kad SIM Turki untuk akses data internet semasa melancong.

Dengan persediaan yang betul, percutian ke Turki pasti akan menjadi pengalaman yang mengasyikkan dan berkesan. Selamat bercuti!

Sumber : trip.com, atlys

BACA : 9 Platform Kerja Dari Rumah Anda Boleh Cuba