Utama

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Cara Agar Bau Minyak Wangi Tahan Lama
Haruman minyak wangi memainkan peranan besar dalam menonjolkan personaliti seseorang. Walaupun penampilan dan solekan penting, bau harum adalah elemen yang sering menarik perhatian orang lain. Haruman minyak wangi yang dipilih dengan tepat bukan hanya meningkatkan daya tarikan, tetapi juga mencerminkan siapa anda.
Namun, masalah utama adalah bau minyak wangi yang sering hilang dalam 6 hingga 8 jam. Untuk memastikan wangian tahan lebih lama, pemilihan dan cara penggunaan yang betul sangat penting. Selain penampilan kemas dan bersih, bau harum juga menjadikan kita lebih menonjol dan menarik perhatian.
Kebanyakan orang hanya menyembur di beberapa bahagian tubuh, tetapi terdapat beberapa tip yang boleh membantu memastikan haruman bertahan lebih lama.
1. Gunakan Lotion atau Pelembap Sebelum Minyak Wangi
Kulit yang kering cenderung menyerap bau dengan lebih cepat, jadi pastikan kulit anda lembap terlebih dahulu dengan menggunakan lotion atau pelembap. Pilih lotion tanpa bau yang kuat agar bau minyak wangi tidak tercampur. Kulit yang lembap akan membantu mengekalkan bau minyak wangi lebih lama.
2. Sembur Minyak Wangi Pada Titik Nadi
Titik nadi seperti leher, pergelangan tangan, belakang telinga, dan siku adalah tempat terbaik untuk semburkan minyak wangi kerana kawasan ini menghasilkan haba. Haba ini akan membantu menyebarkan bau minyak wangi lebih lama dan intensif. Jangan gosokkan pergelangan tangan setelah menyembur minyak wangi kerana ia boleh merosakkan molekul aroma.
3. Sembur Pada Pakaian dan Rambut
Selain pada kulit, anda juga boleh semburkan minyak wangi sedikit pada pakaian atau rambut. Fabrik mampu menyerap bau dan membuatkan ia bertahan lebih lama.
BACA : Petua Mudah Kurangkan Pengambilan Gula Dalam Diet
4. Jangan Sembur Terlalu Dekat dengan Kulit
Semburkan minyak wangi dari jarak kira-kira 15-20 cm dari kulit anda untuk mengelakkan minyak wangi terlalu pekat di satu tempat. Ini juga membantu bau tersebar secara merata di seluruh badan.
5. Gunakan Minyak Wangi Berasaskan Minyak
Minyak wangi yang berasaskan minyak atau eau de parfum biasanya lebih tahan lama berbanding eau de toilette atau cologne kerana kepekatan minyak wangi yang lebih tinggi. Pilih produk dengan kandungan minyak wangi yang lebih tinggi untuk hasil yang lebih tahan lama.
6. Simpan Minyak Wangi Di Tempat Sejuk dan Gelap
Suhu panas dan cahaya matahari boleh merosakkan kualiti minyak wangi, menyebabkan baunya kurang tahan lama. Simpan minyak wangi anda di tempat yang sejuk dan gelap, seperti dalam almari atau laci, untuk memastikan ia bertahan lebih lama.
Dengan mengikuti tips-tips ini, bau perfume anda pasti akan lebih tahan lama dan segar sepanjang hari.
Sumber : lancome, eisenberg paris
BACA :
Ini 7 Pelaburan Terbaik Untuk Simpan Duit