Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Ini Bantuan Awal Persekolahan 2025, RM 150 One-Off Untuk Murid
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) merujuk kepada bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada pelajar sekolah di seluruh negara.
Pemberiannya bertujuan untuk meringankan beban kewangan ibu bapa atau penjaga dalam persediaan untuk memulakan sesi persekolahan.
Pembayaran dibuat secara one-off payment yang berjumlah RM 150 untuk setiap pelajar tanpa mengira had pendapatan.
Untuk tahun 2025, BAP diberikan kepada murid-murid dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya.
Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025
Pemberian Bantuan Awal Persekolahan kepada murid-murid adalah dibuat berdasarkan syarat-syarat seperti berikut:
Murid merupakan warganegara Malaysia
Murid Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2025/2026
Murid yang bersekolah di :-
Sekolah Kerajaan (SK)
Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
Sekolah Agama
Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
Sekolah Integriti
Sekolah Henry Gurney
BACA : 8 Tip Jimat Terbaik Semasa Melancong Anda Kena Tahu
Kaedah Bayaran
Bermula 2025, kaedah agihan BAP akan diperluas kepada kaedah kredit ke akaun ibu bapa atau penjaga yang sah. KPM juga tidak menetapkan bank yang tertentu bagi tujuan agihan Bantuan Awal Persekolahan secara kredit ke akaun bank.
Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus kepada :-
Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah
Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
Agihan Bantuan Awal Persekolahan akan dibuat secara:
Tunai
Disalurkan terus ke akaun bank murid
Tarikh Bayaran Bantuan Awal Persekolahan
Tarikh bayaran Bantuan Awal Persekolahan akan dibuat secara berperingkat mengikut sekolah masing-masing. Kebanyakan sekolah akan mula membuat agihan bermula Januari 2025.
Agihan bantuan akan dibuat dalam tempoh 30 hari daripada tarikh Surat Makluman Penyaluran Peruntukan yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, KPM.
Borang Bantuan Awal Persekolahan 2025
Semua murid adalah layak untuk memohon secara automatik. Bagi sesetengah sekolah, murid tidak perlu membuat sebarang permohonan kerana semua murid adalah layak untuk menerima bantuan ini.
Sumber: Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia
BACA : Cara Semak Status SARA 2024