Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
cara guna jumper
Kredit: ImageFX

Cara Guna “Jumper” Kereta Dengan Betul

Azizah Najib

Cara Guna Jumper Kereta Dengan Betul

Di tengah kekalutan ingin ke tempat kerja pada waktu pagi, pastinya kita mengharapkan segala urusan berjalan dengan lancar. Anak cepat bersiap, bekal makan sempat dimasak dengan sempurna, pintu rumah dapat dikunci dengan baik tanpa tersekat-sekat.

Menjadi satu mimpi ngeri jika sesuatu berlaku tanpa diduga, terutamanya apabila berkait dengan kenderaan seperti motosikal dan kereta. Namun, apakan daya, ketika inilah baru tersedar lampu kereta lupa dipadamkan dan terbiar semalaman. Enjin kereta tidak lagi hidup ketika kunci dipulas.

Apa nak buat ni? Tidak ada bengkel kereta yang dibuka seawal pagi. Bertenang, jangan panik. Kali ini, SK akan cuba bantu anda dengan beberapa cara mudah ini.

Biasanya, keadaan ini berlaku disebabkan bateri kereta anda sudah habis. Jadi, anda cuma perlu dapatkan bantuan daripada jiran untuk ‘pinjamkan’ bateri keretanya sebentar. Untuk selamatkan keadaan ini, anda juga perlukan kabel jumper. Jadi, amat penting untuk sediakan kabel jumper di dalam kenderaan anda setiap masa.

Persediaan sebelum

Mulakan dengan meletak kenderaan sebelah menyebelah. Buka hud kereta dan kenal pasti kedudukan bateri. Jika bateri ada penutup plastik, buka penutup terlebih dahulu agar lebih jelas untuk anda lihat.

Kenal pasti yang mana satu terminal positif dan terminal negatif kedua-dua bateri kereta. Kebiasaannya, terminal positif bateri berwarna merah manakala terminal negatif bateri berwarna hitam. Jika anda tidak pasti, anda boleh cuba cari simbol ‘+’ bagi terminal positif, dan simbol ‘-‘ bagi terminal negatif.

Peringatan: Pastikan anda bersihkan dahulu terminal dari sebarang habuk atau kotoran. Matikan enjin kereta terlebih dahulu.

Seterusnya, ambil kabel jumper dan sambungkan salah satu pengapit berwarna merah di terminal positif bateri yang habis tadi. Pastikan pengapit memegang terminal dengan kejap (kukuh).

Kemudian, sambungkan pula pengapit merah yang lagi satu pada terminal positif bateri yang masih berfungsi.

Kali ini, sambungkan salah satu pengapit hitam pada terminal negatif bateri yang masih berfungsi dahulu. Pastikan pengapit memegang terminal dengan kejap. Kemudian, sentuhkan dahulu pengapit hitam yang lagi satu pada bolt atau skru, atau apa sahaja besi yang ada pada kereta yang mati tadi. Ini untuk pastikan berlaku pembumian (grounding) sebelum anda mula ‘kejutkan’ kereta anda.

Cara guna jumper

Setelah kesemua empat pengapit dipasang pada terminal yang betul, hidupkan enjin kereta ‘penyelamat’ beberapa minit. Kemudian, cuba pula hidupkan enjin kereta yang perlu ‘diselamatkan’ tadi. Jangan risau, tiada kereta yang akan meletup.

Biarkan kedua-dua enjin kereta tadi hidup selama beberapa minit lagi. Selepas itu, periksa sama ada timbul sebarang masalah atau tidak. Jika enjin kereta boleh dihidupkan tanpa sebarang masalah, anda boleh cabut pengapit hitam pada kereta yang perlu ‘diselamatkan’ dahulu sebelum mencabut pengapit hitam pada kereta satu lagi.

Akhir sekali, cabut pengapit merah dari kereta ‘penyelamat’ sebelum mencabut pengapit merah dari kereta satu lagi.

Selesai. Sebaiknya anda biarkan enjin kereta hidup dalam masa yang panjang sedikit untuk mengecas semula bateri yang telah habis. Jika enjin kereta mati semula, anda mungkin perlu memeriksa keadaan bateri. Ia mungkin perlu diganti.

Peringatan sepanjang masa

Sentiasa pastikan kedua-dua pengapit berada berasingan, elakkan daripada pengapit bersentuhan terutamanya ketika salah satu penghujung kabel telah bersambung dengan bateri kereta yang hidup. Ini untuk memastikan tiada renjatan elektrik berlaku dan bakal membahayakan diri anda.

Tip pilih jumper kereta

Penting untuk anda tahu, pemilihan kabel jumper perlu sesuai dengan kapasiti kenderaan anda. Pilih kabel dengan ketebalan rendah iaitu empat hingga enam gauge. Kabel ini lebih sesuai dengan kereta sedan, van atau trak kecil.

Anda juga dinasihatkan memilih kabel yang lebih panjang agar lebih mudah menghubungkan dua kereta. Dicadangkan untuk memilih kabel berukuran enam meter panjang.

Kemudian, pastikan anda memilih pengapit yang lebih berkualiti. Ia dapat dibezakan daripada berat pengapit. Pengapit yang agak berat lebih tahan lasak dan tahan lama.

Semoga bermanfaat.

BACA: Dah Boleh Sembang Dengan ChatGPT Di WhatsApp, Ini Caranya

Sumber: How Stuff Works, Car and Driver