Siakap Keli
salad door gift
Kredit: Detik

Pengantin Beri Salad Sebagai “Door Gift” Untuk Tetamu

Pengantin Beri Salad Sebagai “Door Gift” Untuk Tetamu

Indonesia – Sepasang pengantin yang menginginkan kelainan memutuskan untuk memberikan salad sebagai buah tangan kepada para tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan mereka.

Menurut Kompas, majlis yang diadakan di Pesawara, Lampung pada 3 Disember itu tular apabila juruacara majlis perkahwinan, Maya Siregar berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya.

Video yang dikongsi menunjukkan beberapa bakul salad yang dibungkus rapi untuk diberi kepada para tetamu majlis. Maya yang kagum dengan pilihan pengantin teruja untuk kongsikan rakaman tersebut di laman sosial.

“Saya menjadi juruacara majlis tersebut. Melihat buah tangan yang unik iaitu salad, saya terus rakam,” ujarnya.

Wanita berkenaan turut kongsikan sebab kepada pilihan buah tangan yang unik itu.

“(Pengantin) inginkan buah tangan yang berbeza, lain dari yang lain. Malah lebih bermanfaat,” tambahnya.

Menurutnya, para tetamu menerima buah tangan tersebut dengan gembira kerana mendapat sayur yang boleh dibuat ulam.

“Tetamu gembira mendapat salad sebagai buah tangan. Balik nanti boleh terus masak,” kongsinya lagi.

https://www.instagram.com/reel/DDHPkg1yQum/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==

Menerusi ruang komen, difahamkan harga salad di Indonesia lebih mahal berbanding buah tangan berbentuk set sudu dan garfu.

Sebelum ini, satu lagi pasangan pengantin juga pernah tular apabila memilih sayur-sayuran sebagai buah tangan kepada tetamu majlis. Seorang pengguna TikTok, @kamaniya.organizer, yang dipercayai perancang perkahwinan tersebut kongsikan keunikan majlis itu.

Video tersebut menunjukkan para tetamu mengisi bungkusan plastik dengan pelbagai jenis buah dan sayur-sayuran ketika berada di majlis itu. Antara sayur yang dibungkus termasuk sayur sawi, kacang panjang dan terung.

Suasana meriah majlis perkahwinan yang disulami kemeriahan para tetamu memilih buah tangan umpama berada di tengah pasar pagi. Majlis ini turut mendapat pujian daripada warga maya. Tidak kurang juga yang mendoakan keberkatan buat pengantin yang memberi manfaat kepada para tetamu.

@kamaniya.organizer

Definisi hemat 3 hari gak ke pasar ye buu 😝 #weddingtiktok #pasarsayur #weddingjawa #konseppernikahan #trendtiktok

♬ Bercyandya – DJ Bombompret

BACA: Pasangan Pengantin Edar Makanan Kenduri Selepas Lokasi Majlis Dilanda Banjir

BACA: Nak Jimat Kos, Pengantin Caj Tetamu Hadir Kenduri Kahwin Lebih RM1,400 Seorang

Sumber: Detik, Maya Siregar

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.