Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
kenderaan berat dilarang
Kredit: Bernama

Kenderaan Berat Dilarang Masuk Lebuh Raya Terpilih Pada Waktu Puncak Mulai 19 Feb

Sofea

Kenderaan Berat Dilarang Masuk Lebuh Raya Terpilih Pada Waktu Puncak Mulai 19 Feb

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) — Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.

Ketua Pengarah LLM Datuk Sazali Harun berkata jajaran lebuh raya berkenaan adalah di Lebuhraya Utara-Selatan (LUS), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Beliau berkata pelaksanaan larangan itu diwartakan oleh kerajaan pada 21 Okt tahun lepas dan merupakan satu daripada inisiatif di bawah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR).

“Kenderaan berat yang terlibat dalam pelaksanaan larangan ini ialah kenderaan motor kelas 2, iaitu kenderaan yang mempunyai dua gandar dan enam roda (kecuali bas) serta kenderaan motor kelas 3, iaitu kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas).

“Bagaimanapun, larangan ini dikecualikan bagi kenderaan berat yang terlibat dengan kerja-kerja pembersihan, pembuangan dan penghantaran sisa domestik; perkhidmatan kecemasan dan penguatkuasaan; serta kenderaan berat yang terlibat dengan kerja penyelenggaraan lebuh raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelaksanaan di LUS melibatkan jajaran Sungai Buloh ke Bukit Lanjan bagi kedua-dua arah di kilometer (KM) KM456.0 hingga KM459.3 manakala Lebuhraya NKVE membabitkan jajaran Shah Alam ke Jalan Duta bagi kedua-dua arah di KM9.0 hingga KM3.0.

Di Lebuhraya ELITE, jajaran terlibat ialah Shah Alam ke Bandar Saujana Putra di kedua-dua arah di KM1.03 hingga KM16.2 serta di keseluruhan Lebuhraya DUKE.

Sazali berkata langkah itu berkuat kuasa pada Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am) bermula pada 6.30 hingga 9.30 pagi, dan 4.30 petang hingga 7.30 malam.

Dalam pada itu, LLM turut menyeru semua pemilik dan pemandu kenderaan berat agar dapat mematuhi waktu larangan berkenaan apabila ia mula dilaksanakan.

Sumber: BERNAMA