Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
ikan lumba-lumba terdampar
Kredit: AFP/ Department of Natural Resources and Environment Tasmania

Fenomena Jarang Berlaku, Lebih 150 Ekor Ikan Lumba-Lumba Ditemui Terdampar

Azizah Najib

Fenomena Jarang Berlaku, Lebih 150 Ekor Ikan Lumba-Lumba Ditemui Terdampar Di Pantai Tasmania

Australia – Sebanyak 157 ekor ikan lumba-lumba ditemui terdampar di pantai sebuah pulau di Tasmania dan puluhan darinya telah mati, lapor AFP.

Kumpulan ikan lumba-lumba tersebut dipercayai terdampar sejak 48 jam yang lalu. Ia dikenal pasti sebagai spesies ikan paus palsu (false killer whale) kerana bentuk tengkoraknya yang menyerupai ikan paus orca.

Menurut pegawai hidupan liar negeri, Brendan Clark, usaha untuk menyelamatkan haiwan tersebut agak sukar berikutan setiap ekor seberat lebih satu tan.

“Seperti mana-mana kejadian haiwan terdampar, eutanasia merupakan satu pilihan bagi mengurangkan penderitaan. Pasukan veterinar berada di lokasi bagi menilai situasi dan membuat keputusan jika perlu,” jelasnya.

Fenomena ikan lumba-lumba spesies ini terdampar di pantai Australia bukan suatu yang luar biasa. Namun menurut Clark, fenomena ini merupakan kejadian pertama yang berlaku di bahagian pantai Tasmania tersebut dalam 50 tahun ini.

“Sudah lama haiwan ini tidak berkelakuan seperti ini. Ikan ini merupakan haiwan yang berhijrah dan mengelilingi Bumi di lautan. Kami masih belum dapat mengenal pasti sebab di sebalik fenomena yang berlaku.

“Kami mengharapkan hasil post-mortem akan memberikan sedikit maklumat,” tambahnya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Alam Sekitar Tasmania berpendapat usaha menyelamat menghadapi cabaran yang kompleks.

“Ia berikutan kesukaran untuk sampai ke lokasi berkenaan, ditambah dengan keadaan laut dan cabaran membawa peralatan khas ke lokasi terpencil tersebut,” katanya.

Sebagai maklumat, ikan lumba-lumba spesies ini mampu mencapai sepanjang enam meter (20 kaki) dan diketahui bergerak dalam kumpulan yang besar, iaitu melebihi 50 ekor dalam satu-satu kumpulan.

Berdasarkan makluman pihak Muzium Australia, spesies ini diketahui sering terdampar secara besar-besaran dan mampu menyebabkan keseluruhan kumpulan tersebut terhapus.

Setakat ini, pihak kerajaan Australia masih tidak mempunyai maklumat yang mendalam berkenaan spesies ikan lumba-lumba tersebut. Namun, spesies ini telah disenaraikan sebagai haiwan hampir terancam.

BACA: Doktor Temui Lima Contact Lens ‘Sembunyi’ Dalam Mata Pesakit

BACA: Rupanya Ini Asal Usul Nama Wau

Sumber: AFP