Lebih Menarik, Khairul Aming Bawakan Segmen Baharu “30 Hari 60 Resipi Sepanjang Ramadan
Setiap kali menjelang ketibaan bulan Ramadan, tentunya ramai yang sudah tidak sabar menantikan resipi-resipi yang cukup mengiurkan, bakal dikongsikan pempengaruh, Khairul Aming saban tahun.
Menariknya puasa kali, Khairul Aming atau mesra dikenali sebagai KA akan tampil dengan segmen terbaharu 30 Hari, 60 Resipi, berbanding tahun-tahu sebelum ini, 30 Hari 30 Resipi.
Menerusi perkongsiannya di laman X (Twitter), segmen berkenaan bakal bermula pada 1 Ramadan ini dengan resipi lebih menarik berkaitan juadah berbuka puasa.

Effort yang lagi lebih kali ini – KA
Menurutnya, tempoh penggambaran dan tugas menyunting segmen ini mengambil masa selama dua bulan.
Tak cukup dengan itu, KA turut memberitahu bahawa dia bakal melakukan livestream di pelbagai bazar ramadan berbeza , sekaligus sebagai satu bentuk sokongan kepada para peniaga di luar sana.
Tambahnya, 8 episod Oman travel series turut bakal ditayangkan sepanjang bulan suci itu.
“Selain daripada 30 Hari 30 Resipi, tahun ini kita nak bawa keistimewaan baru, bawa anda jalan-jalan ke Oman,” katanya.
https://x.com/khairulaming/status/1893996904767189045

Selepas New Zealand, Kini Khairul Aming Dijemput Ke Oman 8 Hari 7 Malam
Terdahulu, KA telah dijemput oleh agensi pelancongan Oman (Oman Tourism) ke sana selama lapan hari tujuh malam untuk menghasilkan siri rancangan memasak sambil menerokai Oman (Explore Oman).
Bukan itu sahaja, pelbagai keperluan penggembaraan bagi penghasilan tujuh siri episod tersebut disediakan sepanjang berkelana di sana.
“Hasil daripada video New Zealand, kita dijemput Oman Tourism untuk explore Oman selama 8 hari 7 malam. Tourism mereka bagi semua benda 5 star, minta la apa pun semua mereka bagi.
“Berbekalkan dengan 8 buah kamera, 7 hari shooting, 3 team members, siri Oman ni mudah-mudahan akan jadi lagi besar dari siri New Zealand. Nantikan untuk 7 episod nanti,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Sumber: X @Khairul Aming