Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
qadha puasa fidyah
Gambar: BR1M

Ramadan: Mufti WP Perjelas Puasa & Fidyah Si Mati Yang Melangkah Tahun

Nur Alissa

Ramadan: Mufti WP Perjelas Puasa & Fidyah Si Mati Yang Melangkah Tahun

Pejam celik, pejam celik, seluruh umat Islam bakal menyambut ramadan, kurang dari seminggu lagi.

Sudah tentu, pelbagai persediaan dari segi rohani dan jasmani dilakukan setiap muslimin dan muslimat dalam merebut ganjaran di bulan suci ini termasuklah menggantikan ibadah puasa.

Namun, mungkin ada yang tidak dapat melengkapkan baki puasa ganti selebihnya sebelum ramadan tiba lagi atas sebab-sebab tertentu, termasuklah menghembuskan nafas terakhir.

Disebabkan itu, timbul persoalan mengenai hukum puasa dan fidyah si mati yang melangkah tahun.

Kepada ahli keluarga di luar sana yang masih keliru akan persoalan berkaitan puasa dan bayaran fidyah atas si mati, berikut adalah penerangan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Puasa Dan Fidyah Si Mati Yang Melangkah Tahun

qadha puasa fidyah
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Soalan:

Si mati mempunyai hutang puasa 8 bagi Ramadan 1439 H dan 2 hari bagi Ramadan 1438 H. Sekiranya dibolehkan untuk waris untuk mengqadhakan puasa pada tahun 1439 H, apakah waris juga dibenarkan untuk mengqadha puasa pada tahun 1438 H? Bagaimana pula dengan fidyah akibat melangkah tahun itu?

Terima kasih.

Jawapan:

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi ﷺ, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kesudahan.

Dibenarkan ke atas waris si mati untuk mengqadhakan dua baki puasa pada tahun 1438 H berdasarkan keumuman keharusan tersebut. Namun, wajib dikenakan fidyah satu cupak bagi setiap puasa tersebut kerana lewat mengqadhakan puasa. Disebut dalam kitab al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/202) oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili:

“Sekiranya seseorang itu wajib berpuasa, dan dia tidak berpuasa sehingga berlalunya Ramadan, kemudian dia tidak pula mengqadhanya sehingga datang Ramadan yang lain, kemudian dia mati, maka wajib ke atasnya dua cupak (makanan ruji) daripada harta pusakanya; satu cupak akibat tidak berpuasa, dan satu cupak akibat melewatkan qadha’. Jika walinya berpuasa bagi pihaknya, maka terhasillah kesempatan bagi asal puasa itu (yakni memadailah puasa itu) dan hanya wajib fidyah kerena kelewatan, sama seperti jika dia masih hidup; wajib qadha’ dan fidyah.”

Kesimpulannya, harus bagi si waris untuk mengqadhakan puasa baki dua hari pada tahun 1438 H dan membayar dua cupak fidyah yang diambil daripada harta pusaka si mati. Jika tiada berbaki harta pusaka, diharuskan wali berkenaan mengeluarkan hartanya sendiri untuk melepaskan si mati daripada tanggungan tersebut. Wallahua’lam.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

BACA: Lebih Menarik, Khairul Aming Bawakan Segmen Baharu Ramadan Kali Ini

BACA: Beras Tempatan 10Kg RM26 Di Pasaran Mulai 1 Mac – KPKM

BACA: US Space Force Dedah Imej Pertama Diambil “Pesawat Angkasa Rahsia”