Aidilfitri: KPM Umum 3 Hari Cuti Tambahan
PUTRAJAYA — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan sebanyak tiga hari cuti tambahan bersempena Hari Raya Aidilfitri menerusi Kalendar Akademik Sesi 2025/2026.
Pemberian cuti tambahan berkenaan adalah untuk memudahkan urusan para guru, ibu bapa dan pelajar bersempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Cuti tambahan ini bagaimanapun tertakluk di bawah Kumpulan A dan Kumpulan B.
Bagi Kumpulan A melibatkan tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, akan diberikan cuti tambahan pada 30 Mac 2025 (Ahad), 2 April 2025 (Rabu) dan 3 April 2025 (Khamis).
Sementara Kumpulan B pula melibatkan negeri seperti Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah pada 2 April 2025 (Rabu), 3 April 2025 (Khamis) dan 4 April 2025 (Jumaat).
Untuk makluman, cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri dijangka pada 31 Mac (Isnin) dan 1 April (Selasa) yang dikira sebagai cuti perayaan dalam takwim tahunan.
Siakap Keli mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga pendidik, ibu bapa dan pelajar.
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia