Siakap Keli
bimb mobile duit raya
Kredit: Bernama

Tempah Dulu, BIMB Mobile Mudahkan Tukar Duit Raya, Ini Caranya

Tempah Dulu, BIMB Mobile Mudahkan Tukar Duit Raya, Ini Caranya

Kemajuan teknologi kini semakin hari semakin memudahkan urusan kita. Saban hari, kita menerima makluman pertukaran urusan yang dahulunya perlu ke kaunter, kini tidak lagi.

Selain daripada kaunter kerajaan, mahu atau tidak, kaunter bank menjadi antara tempat paling banyak dikunjungi dalam kehidupan kita selain kaunter pejabat pos. Pelbagai perkara mula diuruskan menerusi kaunter bank seawal usia. Sama ada menyimpan wang tabungan, mahupun membuat pertukaran duit raya setiap tahun.

Tahukah anda? Bank Islam kini membenarkan pelanggan menempah duit raya sebelum pertukaran dibuat di kaunter. Dengan hanya beberapa klik di aplikasi BIMB Mobile, proses pertukaran duit raya anda di kaunter bakal berjalan dengan lancar. Tiada lagi kekecewaan apabila mendapat tahu cawangan yang anda kunjungi kehabisan duit raya untuk ditukar.

Dengan cara ini, tiada lagi kekalutan menjelang hari raya.

Untuk pengetahuan anda, permohonan yang bermula dari 10 hingga 14 Mac ini hanya boleh dilakukan oleh pelanggan Bank Islam yang mempunyai aplikasi BIMB Mobile.

Ikuti cara tukar duit raya berikut.

Buka aplikasi BIMB Mobile di telefon pintar anda dan log masuk. Kemudian, pilih paparan ‘Jom Tukar Duit Raya’. Klik ‘Mula’.

Kredit: BIMB Mobile

Isikan maklumat peribadi yang diminta. Pastikan maklumat yang diisi tepat, termasuk meletakkan nombor telefon dan emel yang aktif.

Kredit: BIMB Mobile

Selepas selesai mengisi maklumat yang diperlukan, anda boleh memilih cawangan yang berdekatan untuk kutipan duit raya nanti.

Kredit: BIMB Mobile

Kemudian, anda boleh menetapkan jumlah duit raya yang ingin anda tukarkan. Bagi pertukaran duit raya menerusi aplikasi BIMB Mobile ini, anda perlu tukar duit raya dengan jumlah minimum RM100. Bank Islam menawarkan tukaran wang bernilai RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100.

cara tukar duit raya
Kredit: BIMB Mobile

Selepas selesai menghantar semua maklumat tersebut, anda diminta untuk baca semula maklumat yang telah diisi sebelum menghantar permohonan. Kemudian, anda akan menerima notifikasi seperti berikut berserta maklumat yang telah diisi.

Kredit: BIMB Mobile

Anda akan menerima emel pengesahan permohonan tempahan duit raya sejurus selepas permohonan dihantar. Permohonan akan diproses selama lima hari bekerja. Jadi, pastikan anda sentiasa periksa emel untuk mengetahui maklumat terkini.

Selepas menerima pengesahan cawangan tersebut menerusi emel, anda boleh hadir ke cawangan yang dipilih untuk kutipan duit raya.

Untuk pengetahuan, wang anda tidak akan ditolak daripada akaun simpanan Bank Islam sepanjang proses ini.

BACA:  Mufti WP Perjelas Hukum Musafir Berbuka Puasa Setelah Tiba Destinasi

Sumber: BIMB Mobile

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.