Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kak cik yah
Tiada Kategori

Hasilkan Video Masakan Tanpa Suntingan, Kak Cik Yah Semakin Dikenali

Azizah Najib

Hasilkan Video Masakan Tanpa Suntingan, Kak Cik Yah Semakin Dikenali

Media sosial sinonimnya menjadi mainan golongan muda. Amat jarang untuk kita lihat generasi lanjut usia aktif menggunakan media sosial, apatah lagi berkongsi rakaman aktiviti harian secara konsisten.

Menjadi antara warga emas yang aktif menggunakan media sosial, Kak Cik Yah semakin mendapat perhatian warga maya. Tidak hanya berkongsi rakaman ketika memasak, wanita itu turut berkongsi tempat-tempat yang dilawatinya.

Pernah tular sebelum ini apabila rakaman memasaknya mengimbau kenangan ramai kepada nenek di kampung, Kak Cik Yah kini tular apabila semakin ramai berminat menonton video yang dimuat naik tanpa sebarang suntingan.

Gelagatnya yang bersahaja tanpa sebarang susunan skrip dan babak yang dirancang, wanita tersebut tidak menggunakan sebarang peralatan tambahan bagi menghasilkan rakaman.

Tanpa tripod, tanpa mikrofon, dia kelihatan santai bertutur di hadapan kamera seperti seorang nenek mengajarkan cucunya resipi masakan.

Apa yang membuatkan rakamannya semakin menarik, Kak Cik Yah hanya mengenakan pakaian yang biasa sahaja. Tiada perhiasan yang menonjol. Kadang kala, dia turut tampil mengenakan solekan nipis sambil memasak.

Biarpun suaranya tidak dapat didengari dengan jelas, masih ada warga maya yang berjaya mendapatkan resipi penuh masakan wanita tersebut. Malah, disebabkan wanita berkenaan tidak menuliskan sebarang resipi, ada antara warga maya yang meletakkan resipi wanita tersebut di bahagian komen.

Di ruangan komen, ramai warga maya yang terhibur menonton rakaman yang dimuat naik Kak Cik Yah.

“Alhamdulillah, pendengaran aku masih elok. Apa-apa pun mak cik comel sangat. Rindu kat arwah mak. Arwah mak dulu suka buat acar limau. Sedap sangat,” imbau warga maya.

“ResIpinya hanya mak cik dan Allah sahaja yang tahu,” usik seorang warga maya.

“Aku punya la edit video. Masuk Capcut. Masuk lagu. Cari filter letak kapsyen, tak juga FYP. Masuk Cikyah, rakam dan muat naik pun FYP. Betul la rezeki masing-masing dah tertulis,” ujar seorang lagi.

BACA: Tempah Dulu, BIMB Mobile Mudahkan Tukar Duit Raya, Ini Caranya

BACA: Hiasan Suasana Kampung Di Pusat Beli-Belah Bangkitkan Semangat Aidilfitri

Sumber: TikTok @kakcikyah