Siakap Keli
Zakat Fitrah 2025: Kadar dan Panduan Pembayaran Digital
Kredit : BERNAMA

Zakat Fitrah 2025: Kadar & Panduan Pembayaran Digital Setiap Negeri

Zakat Fitrah 2025: Kadar dan Panduan Pembayaran Digital

Zakat fitrah merupakan salah satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap umat Islam yang berkemampuan setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Ia bukan sekadar pelengkap kepada ibadah puasa, tetapi juga bertindak sebagai penyucian jiwa dan pembersih harta daripada sifat kedekut serta kekurangan yang mungkin timbul sepanjang berpuasa.

Di samping itu, zakat fitrah berperanan dalam meringankan beban golongan kurang bernasib baik agar mereka juga dapat menikmati Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dan keselesaan.

Setiap tahun, kadar zakat fitrah akan ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri masing-masing berdasarkan harga semasa makanan ruji utama, iaitu beras, yang menjadi makanan asas masyarakat di negara ini.

Artikel kali ini kami kongsikan kami akan kongsikan mengenai kadar dan panduan lengkap untuk pembayaran secara digital untuk Zakat Fitrah 2025.

Kadar Zakat Fitrah 2025 di Malaysia

KADAR MINIMUM / WAJIB

RM7 / RM7.50 / RM8 / RM9 / RM10 – Beras Super Special Tempatan

KADAR LAIN

Beras Super Import / Putih / Perang / Pulut / Herba Ponni / Wangi / Calrose / Poney Beras Basmathi / Jepun / Merah

Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi setiap negeri di Malaysia untuk tahun 2025:

Negeri Kadar Minimum/Wajib Kadar Lain
Perlis RM9
Kedah RM7 RM14
Pulau Pinang RM7 RM10/RM15/RM25
Perak RM10 RM16/RM27
Selangor RM7 RM15/RM22
Negeri Sembilan RM7.50 RM12/RM22
Melaka RM7 RM15/RM22
Johor RM7 RM12/RM20
Pahang RM7 RM14/RM21
Terengganu RM10 RM21
Kelantan RM8 RM14/RM21
Sabah RM7.50
Sarawak RM7.50
Wilayah Persekutuan RM7 RM15/RM22

Sumber : mkn.gov

Kadar ini ditetapkan bagi membolehkan umat Islam memilih nilai zakat berdasarkan harga beras yang mereka gunakan dalam kehidupan harian atau mengikut kemampuan masing-masing.

Kaedah Mudah Bayar Zakat Fitrah Secara Online

Seiring dengan perkembangan teknologi, pembayaran zakat fitrah kini boleh dilakukan secara atas talian. Kaedah ini bukan sahaja memudahkan urusan, tetapi juga memastikan proses pembayaran lebih pantas dan selamat.

Pelbagai platform digital telah diperkenalkan bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat fitrah secara dalam talian, termasuk aplikasi pembayaran digital, portal rasmi pusat zakat negeri, serta perbankan internet dan aplikasi mudah alih bank.

Antara aplikasi pembayaran digital yang membolehkan pembayaran zakat fitrah adalah Boost, MAE (Maybank), MyEG, MyPay, TheNoor, dan Tulus Digital.

Pengguna hanya perlu log masuk ke aplikasi pilihan mereka. Kemudian memilih negeri dan kategori zakat, memasukkan jumlah yang ingin dibayar, melengkapkan maklumat peribadi, dan mengesahkan transaksi.

Resit digital yang diberikan boleh disimpan sebagai bukti pembayaran.

Selain itu, pembayaran zakat fitrah juga boleh dilakukan melalui portal rasmi pusat zakat negeri. Setiap negeri di Malaysia mempunyai laman web rasmi untuk membayar zakat.

Ini membolehkan umat Islam membuat pembayaran secara terus kepada pihak berkuasa zakat negeri masing-masing. Berikut adalah pautan rasmi bagi negeri-negeri di Malaysia:

Negeri/Wilayah Pautan Rasmi
Johor Klik di sini
Kedah Klik di sini
Kelantan Klik di sini
Melaka Klik di sini
Negeri Sembilan Klik di sini
Pahang Klik di sini
Perak Klik di sini
Perlis Klik di sini
Pulau Pinang Klik di sini
Selangor Klik di sini
Sabah Klik di sini
Sarawak Klik di sini
Terengganu Klik di sini
Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan Klik di sini

Selain aplikasi dan portal rasmi, perbankan internet dan aplikasi mudah alih bank juga menawarkan perkhidmatan pembayaran zakat fitrah secara digital.

Beberapa bank utama yang menyediakan perkhidmatan ini termasuk Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Now, GO by Bank Islam, Public Bank (PBe), Affin Bank, dan Hong Leong Connect.

Pengguna hanya perlu log masuk ke akaun perbankan mereka. Kemudian memilih menu pembayaran zakat, memilih negeri, memasukkan jumlah yang ingin dibayar, dan melengkapkan transaksi secara selamat.

BACA : 5 Jenis Aplikasi Telefon Pintar Yang Paling Banyak Guna Bateri 

Kesimpulan

Dengan kemudahan pembayaran zakat fitrah secara atas talian, umat Islam kini dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan lebih mudah, cepat, dan selamat.

Selain menjimatkan masa, pembayaran digital juga memastikan tiada kesilapan dalam proses transaksi.

Oleh itu, pastikan anda menunaikan zakat fitrah sebelum menjelangnya Aidilfitri dan gunakan platform yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Semoga ibadah zakat ini diterima dan memberi keberkatan dalam kehidupan kita semua.

BACA : Warna Sedondon: Tip “Mix & Match” Baju Di Pagi Raya

suhaila

live your best life

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.