Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
spanco
Kredit: Kementerian Pengangkutan Malaysia

Kebakaran Putra Heights: SPANCO Sumbang 55 Motosikal Kepada Mangsa – Loke

Azizah Najib

Kebakaran Putra Heights: SPANCO Sumbang 55 Motosikal Kepada Mangsa – Loke

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Syarikat pengurusan kenderaan, SPANCO Sdn Bhd menyumbang 55 buah motosikal kepada mangsa kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata sebahagian besar penerima adalah penduduk Kampung Kuala Sungai Baru memandangkan banyak kes kerosakan motosikal direkodkan di kawasan berkenaan.

“Sudah tentu ini membantu mereka kerana motosikal bukan sahaja sebagai mod pengangkutan tetapi juga ada yang menggunakannya untuk mencari nafkah.

“Jadi ini merupakan satu lagi cara untuk kita membantu mereka mengembalikan kehidupan biasa secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan motosikal di Putra Heights di sini hari ini.

BACA JUGA: Kebakaran Saluran Gas: Mangsa Terima Tambahan Bantuan RM5,000 & RM2,500 Daripada Petronas

Loke berkata harga jualan sebenar motosikal yang disumbangkan itu adalah RM5,800 sebuah, namun pihak Yamaha bersetuju memberikan pengurangan harga kepada RM5,000.

“Penajaan itu termasuklah pendaftaran cukai jalan dan insurans untuk tahun pertama. Dalam geran, sudah ada nama mereka sebagai pemilik, jadi penerima dapat terus, tak perlu bayar apa-apa,” katanya.

Insiden kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi Selasa lepas mengakibatkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah lebih 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Sumber: BERNAMA