Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
rider kutip duit
Kredit: Facebook
Tiada Kategori

Tindakan Orang Ramai Bantu “Rider” Kutip Duit Atas Jalan Sentuh Hati

Azizah Najib

Tindakan Orang Ramai Bantu “Rider” Kutip Duit Atas Jalan Sentuh Hati

Saat berada di atas jalan yang sesak atau ketika menunggu lampu isyarat merah, sudah tentu jarang bagi kita yang menaiki kenderaan untuk keluar tanpa sebarang sebab. Malah, apa sahaja kejadian di luar turut tidak menjadi sebab untuk kita keluar kenderaan sembarangan, dek khuatir dengan segala risiko yang boleh berlaku.

Namun berbeza buat segelintir pengguna jalan raya ini dipercayai dari selatan tanah air yang keluar dari kenderaan bagi menghulurkan bantuan.

Tular di media sosial, seorang penunggang motosikal tercicir dompetnya ketika berada di atas jalan raya yang sesak. Akibat itu, wang kertas miliknya bertaburan di atas jalan dan memaksa penunggang tersebut turun dari motosikal ketika menunggu lampu isyarat.

Pada awal rakaman kamera papan pemuka itu, penunggang berkenaan dilihat mengutip wang kertas berseorangan. Tanpa diduga, penumpang kereta jenis Toyota turut serta membantu penunggang tersebut.

BACA: Kelibat ‘Warna Putih’ Dalam Rakaman CCTV Dipercayai Zayn Rayyan Dalam Longkang – Saksi

Selang beberapa saat kemudian, beberapa orang pengguna jalan raya yang lain termasuk seorang lagi penunggang motosikal turut sama mengutip wang kertas milik penunggang itu.

Disebabkan lampu trafik telah bertukar, ada yang terpaksa kembali ke kenderaan masing-masing bagi meneruskan perjalanan. Sementara penunggang motosikal tersebut mengubah kedudukan motornya ke bahu jalan, orang awam masih meneruskan usaha mereka mengutip wang kertas yang berselerak.

Ada juga yang datang berlari dari jauh untuk memberi pertolongan apabila melihat lampu isyarat kecemasan yang dinyalakan kereta Toyota itu. Setelah selesai semua wang dikutip, orang ramai menyerahkan wang kertas itu kepada penunggang berkenaan.

Rakaman yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Boonkee Ng menerusi kumpulan Stesen Maklumat Keadaan Jalan Johor Bahru (JB 新山路况情报站) itu mendapat perhatian warga maya yang terharu melihat tindakan spontan warga di sana.

Sumber: Facebook Boonkee Ng

BACA: “Tak Mudah,” Lebih 20 Tahun PJJ, Wanita Kongsi Coretan Sayu

BACA: Genap Usia 40 Tahun, Jep Kongsi Mengenai ‘Hadiah Istimewa’