Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
katy perry angkasa
Kredit: Blue Origin/Pop Crave

Katy Perry Bakal Naik Ke Angkasa Hari Ini

Azizah Najib

Katy Perry Bakal Naik Ke Angkasa Hari Ini

Washington – Penyanyi dan pencipta lagu Amerika Syarikat (AS), Katy Perry sedang membuat persediaan akhir sebelum menaiki roket ke angkasa lepas malam ini.

Perkara tersebut dikongsi oleh bintang pop tersebut menerusi beberapa rakaman yang dimuat naik di laman Instagram peribadinya.

Menurut Perry, penyertaannya dalam penerbangan NS-31 iaitu penerbangan manusia ke-11 New Shepard itu merupakan satu petanda yang telah tertulis di langit.

“Ketika saya dijemput untuk sertai pengembaraan ini, saya buat carian tentang kapsul tersebut. Bahagian hadapan kapsul itu ada satu lakaran berbentuk bulu pelepah (feather). Apabila saya ternampak lakaran itu, ia menjadi petanda yang kuat kerana ibu sentiasa panggil saya dengan nama panggilan Feather,” kongsinya.

Perry sekali lagi terpana apabila mendapat tahu bahawa nama kapsul yang bakal mereka naiki merupakan Tortoise.

“Ibu saya panggil saya dengan dua nama manja. Feather dan Tortoise. Apa kebarangkalian saya ditakdirkan ke angkasa menaiki roket, dalam kapsul yang mempunyi simbol saya iaitu bulu pelepah dan dinamakan Tortoise?” ujar Perry.

Turut berkongsi bahagian dalam kapsul yang bakal dinaiki, Perry sempat berseloroh terdapat kemungkinan dia bakal menyanyi ketika berada di angkasa.

Menerusi satu temu bual bersama Sky News, Perry teruja apabila syarikat aeroangkasa, Blue Origin menjemputnya untuk turut serta ke angkasa bersama lima lagi jemputan termasuk penerbit filem, Kerianne Flynn.

“Bermula dari pertama kali Blue Origin bercakap tentang perjalanan komersial ke angkasa, saya teruja dan cakap, ‘Daftarkan saya. Saya di depan sekali’. Kemudian mereka hubungi saya dan saya seperti tidak percaya,” katanya.

Menariknya, misi ke angkasa Perry ini merupakan pengembaraan pertama di dunia yang melibatkan kru wanita sahaja selepas penerbangan angkasa lepas solo angkasawan Rusia, Valentina Tereshkova pada 1963, lapor The Independent.

Untuk pengetahuan, perjalanan ke angkasa ini dijadualkan pada jam 9.30 malam (waktu Malaysia). Siaran langsung boleh ditonton menerusi blueorigin.com/live.

Sumber: Instagram Katy Perry (1) (2), X Blue Origin, Sky News, CNN, The Independent

BACA: Akhirnya Dibuka, Ini Barang Dalam Kapsul Masa Menara KL

BACA: Kawasaki Perkenal Corleo, Kuda Robot Berkuasa Hidrogen