Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pelajar mobile legend tentera
Kredit: Dinda Aulia Ramadhanty/Kompas

Pelajar Kuat Main Mobile Legends Di Indonesia Bakal Dihantar Ke Kem Tentera

Azizah Najib

Pelajar Kuat Main Mobile Legends Di Indonesia Bakal Dihantar Ke Kem Tentera

Jakarta – Pelajar bermasalah di Indonesia bakal dihantar ke kem tentera bagi menjalani pendidikan selama enam hingga 12 bulan di sana.

Gabenor Jawa Barat, Dedi Mulyadi mengumumkan beberapa kriteria pelajar yang bakal dipilih menyertai program pendidikan sahsiah bersama pihak tentera itu. Antara kriteria yang diambil kira termasuk mereka yang kerap bermain permainan Mobile Legends: Bang Bang, lapor Kompas.

Selain dianggap bermasalah atau nakal, pelajar yang didapati sering terlibat dalam pergaduhan dan mabuk turut diambil kira.

“Pelajar yang bermain Mobile Legends pada waktu malam dan bangun pada waktu tengah hari,” katanya.

Tambah beliau, mereka yang sering melawan ibu dan bapa selain mengugut dan membuat masalah di sekolah turut dikategorikan sebagai pelajar nakal yang bakal dihantar ke kem tentera.

“Pelajar yang sering ponteng sekolah juga termasuk. Mereka keluar dari rumah untuk ke sekolah tetapi didapati tidak hadir,” ujarnya lagi.

Perkara ini dimaklumkan ketika beliau ditanya berkenaan rancangannya bagi mendidik pelajar bermasalah di kem tentera bermula 2 Mei 2025.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan para pelajar masih mengikuti pengajaran dan pembelajaran seperti biasa dengan mata pelajaran mengikut bahan-bahan di sekolah.

“Proses pembelajaran masih seperti di sekolah. Perkara yang membezakannya hanya aktiviti yang dilaksanakan di kawasan Kompleks Tentera atau Polis. Bilik darjah akan diwujudkan, malah guru daripada sekolah asal pelajar akan hadir melawat pelajar berkenaan. Tiada masalah yang timbul,” ulasnya lanjut.

Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Penerangan Tentera Darat, Brigedier Jeneral Wahyu Yudhayana berkata beberapa kriteria bagi mengenal pasti pelajar nakal yang bakal dihantar ke kem tentera telah dikenal pasti berdasarkan kenyataan Dedi.

Antara kriteria yang turut disenaraikan termasuk pelajar yang terlibat dalam aktiviti pergaduhan dan ahli kumpulan bermotor. Malah, pelajar yang sudah tidak dapat dididik oleh ibu bapa tentang etika turut tersenarai.

“Keutamaan diberikan kepada pelajar yang terlibat dalam pergaduhan, geng motosikal dan pelajar yang ibu bapanya sudah tidak dapat mendidik mereka dari segi etika dan sahsiah,” jelas beliau.

Sumber: Kompas

BACA: Thailand Catat Satu Kematian Akibat Antraks, 247 Lagi Dalam Pemantauan

BACA: Seorang Maut, Dua Parah Kemalangan Tiga Motosikal RXZ Di LPT2