Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Kredit: AFP

Thailand Catat Satu Kematian Akibat Antraks, 247 Lagi Dalam Pemantauan

Azizah Najib

Thailand Catat Satu Kematian Akibat Antraks, 247 Lagi Dalam Pemantauan

Thailand – Jabatan Kawalan Penyakit (DDC) Thailand mengesahkan satu kematian akibat antraks berlaku di wilayah Mukdahan pada Khamis manakala 247 individu lagi masih dalam pemantauan, lapor The Nation Thailand.

Kejadian berkenaan disyaki berkaitan pengambilan dan pengedaran daging lembu mentah ketika satu upacara keagamaan.

Ketua Pengarah DDC, Dr Phanumat Yannawetsakun mengumumkan kes kematian tersebut melibatkan seorang lelaki berusia 53 tahun. Mendiang merupakan pekerja buruh di kawasan pembinaan yang menghidap penyakit diabetes.

Menurutnya, lelaki terbabit mengalami luka lesi di tangan kanannya pada 24 April dan dimasukkan ke hospital pada 27 April. Simptom mangsa bertambah teruk dengan keadaan luka yang bertukar hitam dan kelenjar limfa di bawah ketiak kanan membengkak. Mangsa turut mengalami pengsan dan sawan sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

BACA: Petugas MPD Didakwa Guna Kedudukan Beri Tender Kepada Syarikat Ahli Keluarga, Rakan

Berikutan itu, doktor mengesyaki mangsa terkena jangkitan antraks dan menghantar sampel ke makmal Jabatan Sains Perubatan dan Insitut Bamrasnaradura. Keputusan ujian mengesahkan jangkitan tersebut berpunca daripada bakteria Bacillus anthracis.

Siasatan susulan menunjukkan mangsa terdedah dengan jangkitan selepas beberapa ekor lembu disembelih ketika satu upacara keagamaan berlangsung. Daging lembu tersebut kemudiannya diedarkan ke kawasan kampung.

Susulan itu, satu pasukan kawalan penyakit ditubuhkan dengan kerjasama antara DDC, Pejabat Wilayah 10 di Ubon Ratchathani, pejabat kesihatan wilayah dan Jabatan Pembangunan Ternakan bagi menjalankan siasatan. Seramai 247 individu berisiko telah dikenal pasti dengan 28 orang terlibat dalam proses penyembelihan dan 219 lagi telah memakan daging lembu mentah.

Setakat ini, individu berisiko tinggi telah diberikan antibiotik dan langkah kawalan penyakit sedang dilaksanakan.

Menurut Biro Epidemiologi, kes antraks terakhir dilaporkan di Thailand berlaku pada tahun 2000 dengan 15 kes dikesan di Phichit dan Phitsanulok. Namun, tiada kematian dilaporkan. Pada tahun 2017, dua kes dilaporkan di Mae Sot berikutan pengendalian bangkai kambing dari Myanmar.

Sumber: The Nation Thailand

BACA: Kebakaran Hutan Semakin Marak, Israel Isytihar Darurat

BACA: Tangki Septik Meletup Akibat Mercun Disyaki Dilempar Budak Lelaki