Lelaki Borak Dengan Budak Korea Cuit Hati Ramai, “Macam Ayam & Itik”
Menyantuni tetamu tanpa mengira bangsa dengan senyuman dan ucapan yang baik-baik merupakan satu didikan yang diterapkan dalam budaya kita. Apatah lagi apabila tetamu tersebut merupakan sekumpulan pelancong yang ingin menikmati budaya dan layanan warga tempatan.
Kebiasaannya di sini, kita akan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan. Namun, berlaku juga keadaan kekok apabila pelancong yang datang tidak tahu kedua-dua bahasa ini hingga menjadi satu cabaran besar untuk berkomunikasi.
Biarpun begitu, seorang lelaki mendapat pengalaman yang berbeza dalam berkomunikasi bersama pelancong asing yang dibawa oleh agensi pelancongan kumpulannya.
Tular di laman TikTok, seorang lelaki bersama kumpulannya yang menggunakan akaun Mersing Snorkelicious melayani seorang kanak-kanak warga Korea sambil makan bekalan nasi bersama-sama.
Bagai ayam dan itik, kedua-dua mereka yang tidak memahami bahasa pertuturan masing-masing masih tetap berbual dengan rancak.
Gelagat mereka berdua mendapat perhatian warga maya yang turut terhibur. Sambil menyuapkan nasi ke mulut, kanak-kanak warga Korea berkenaan kelihatan ramah berbual bersama lelaki tersebut.
Sementara itu, rakan-rakan lelaki tersebut yang sedang melihat gelagat mereka berdua turut cuba meneka topik ‘perbualan’ mereka berdua. Malah, perakam video yang tidak dapat menahan rasa lucu gagal berhenti daripada mengetawakan lelaki itu.
“Engkau ni dari tadi ‘Engkau kenal, engkau kenal’. Orang tu cakap benda lain kau cakap kau kenal,” ulas rakannya.
Menurut mereka, wanita tersebut cuba untuk bertanya sama ada hidangan tersebut sedap atau tidak dengan menggunakan Bahasa Korea. Namun disebabkan tidak arif dengan bahasa tersebut, wanita itu tersalah sebut.
@mersingsnorkelicious Replying to @A Z A M 🔫 plot twist.. @Farid sebenarnya org korea 😝
♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto
Menerusi ruangan komen, beberapa orang warga maya yang mengetahui bahasa Korea bantu menterjemah dialog kanak-kanak berkenaan.
“Awal-awal dia bagi tahu pernah datang sini. Dia tanya ‘Apa dia?’ lepas abang ni cakap masayo? Lepas tu dia cakap dia tak tahu apa abang ni cakap. Mak dia cakap, ‘takpa, duduk je situ,” terjemah salah seorang warga maya.
“Mak dia pun cakap, ‘Tak faham pun duduk je situ.’ Kena paksa rela rupanya budak ni,” seloroh seorang lagi.
Dalam masa yang sama, ada juga yang sempat berjenaka.
“Ni betul makan sambil layan Korea,” seloroh seorang warga maya.
Video yang mendapat lebih 116 ribu sukaan dan 13.2 ribu kongsian itu rupanya ada sambungan. Pemilik akaun berkenaan memuat naik satu lagi video terbaru yang menunjukkan wajah ibu dan bapa kanak-kanak tersebut.
“Inilah omma budak Korea peramah tu, cantik kan? Mula-mula macam was-was nak makan. Sekali dah rasa, tiga kali tambah. Ha baru tahu makanan Malaysia sedap,” ujar pemilik akaun itu.
Melihat video terbaru yang dimuat naik, kumpulan ini menghidangkan nasi berlauk ayam masak merah, telur dadar dan sayur campur tumis.
@mersingsnorkelicious Replying to @Me˙ᵕ˙ hahaha okey dh suh omma betul kan 🤣 .. Pasal yg mkn pakai tangan tu..kitaorg dh bwk chop stick & sudu tau..tp lupa bagi..tapi bagus nya lah diaorg ni tak mintak pon..diaorg ikut ajer cara kita mkn pakai tangan ..sgt bagus
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Sumber: Mersing Snorkelicious
BACA: Anak & Isteri Dijangkiti TB, Lelaki Kongsi Pengalaman Pahit Sekeluarga
BACA: Ibu Dedah Saranan Pakar Mata Selepas Perasan Anak Buat Gaya Pelik Bila Nak Fokus