Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
gelagat guru buat tersenyum
Kredit: Bernama

Gelagat Guru Yang Buat Kita Tersenyum Bila Ingat Balik

Azizah Najib

Gelagat Guru Yang Buat Kita Tersenyum Bila Ingat Balik

Pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak bangsa adalah sesuatu yang sukar untuk dinilai dengan apa juga bentuk ganjaran. Tugas mereka bukan sekadar mengajar di dalam bilik darjah, malah turut memikul peranan sebagai pembimbing, jurulatih dan pencetus perubahan dalam menambah baik sistem pendidikan di peringkat sekolah.

Sebagai tanda penghargaan kepada jasa mereka yang tidak ternilai, 16 Mei telah diangkat sebagai Hari Guru, satu hari istimewa untuk kita semua kenang kembali insan yang telah banyak membentuk siapa kita hari ini. Namun begitu, seiring bertambahnya usia dan perubahan fasa kehidupan, ramai antara kita mungkin tidak lagi meraikannya seperti suatu ketika dahulu di bangku sekolah.

Biarpun jarak dan masa memisahkan, kehadiran media sosial membolehkan kita terus berhubung dengan guru-guru, baik dari sekolah rendah mahupun menengah. Dalam pada kita menjalin semula hubungan ini, sering kali kenangan lama kembali bermain di fikiran. Saat kita dibimbing, ditegur dan menerima kata-kata semangat daripada mereka tersemat menjadi kenangan.

Hari ini, mari kita kenang kembali insan-insan yang pernah memainkan peranan penting dalam fasa kehidupan kita suatu ketika dahulu.

Apabila mengimbau kembali kenangan, setiap guru pasti mempunyai gelagat mereka yang tersendiri yang buat kita tersenyum biarpun tiada di depan mata.

Gambar Hiasan: Teacher Nur

Gelagat guru terpahat dalam memori

Mempunyai jiwa pendidik sudah tentu membuatkan seorang guru itu turut berjiwa penyayang. Namun, dalam banyak-banyak guru, pasti ada seorang yang sentiasa melayan kita seperti anak sendiri. Segala hal kebajikan diambil tahu, hinggakan kita sendiri akan rasa lebih senang dan selamat untuk berkongsi apa sahaja dengan guru tersebut. Malah ketika Hari Sukan, guru ini juga yang sentiasa bersedia dengan pelbagai ubat dan minyak panas.

Bukan itu sahaja, di setiap sekolah pasti ada seorang guru yang terpaling sukan. Di mana-mana sahaja bertembung, mesti ada alatan sukan yang sedang digendong. Ada juga guru yang bermuka garang, tak pernah tersenyum tatkala bertembung di koridor kelas tetapi jika mengajar, tak kering gusi murid-murid dibuatnya. Hanya mereka yang pernah diajar sahaja yang tahu sifat sebenar guru ini di sebalik wajah garangnya.

Selain itu, ada juga guru yang paling santai sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Sikapnya yang gemar membuka topik menarik dan mendengar lontaran akal fikiran murid membuatkan murid-murid lebih yakin untuk bersuara.

Bercakap tentang suara, ada juga guru yang suaranya begitu lantang dan kuat seperti menggunakan mikrofon.

Gambar Hiasan: Bernama

Setiap kali mengajar, satu blok boleh ikut sekali sesi pengajaran dan pembelajaran (PnP).

Ada pula guru yang outspoken. Sejenis yang berterus terang dan gemar membuka topik di luar konteks buku teks. Setiap kali ikuti sesi PnP, dengan kita sekali naik bersemangat untuk ambil tahu dalam sesuatu topik yang tidak pernah dibincangkan di mana-mana tempat sebelum ini.

SK masih ingat, selain guru yang outspoken, ada juga guru yang paling berotak kreatif. Setiap kali tiba Hari Sukan sekolah, rumah sukan yang dibimbing guru ini pasti tampil paling meriah antara semua. Begitu juga dengan guru yang umpama akaun bank, sentiasa ada sahaja yang dihulur untuk menyumbang dalam aktiviti murid.

Gambar Hiasan: Bernama

Setiap guru hadir dengan keunikan tersendiri, namun matlamat mereka tetap satu iaitu membentuk insan yang berguna untuk masa depan. Walau di mana kita berada hari ini, jasa mereka wajar dikenang dan dihargai, bukan hanya pada 16 Mei, tetapi sepanjang hayat.

Selamat Hari Guru buat semua guru sama ada yang masih mengajar atau yang sudahpun pencen. Jasamu tiada ganti.

BACA: Rakan Bantu Pegang Anak OKU Sarjan Roslan Kongsi Detik Hiba Di Sisi Jenazah

BACA: Bukan Sekadar Media, Ini Laluan Kerjaya Untuk Graduan Komunikasi Massa