Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
wanita kinabalu adik
Kredit: Mount Kinabalu
Tiada Kategori

Wanita Daki Gunung Kinabalu, Kenang Pemergian Adik Dalam Tragedi Gempa 2015

Azizah Najib

Wanita Daki Gunung Kinabalu, Kenang Pemergian Adik Dalam Tragedi Gempa 2015

Sekitar 10 tahun lalu, negara kita digemparkan dengan kejadian gempa bumi 6.0 magnitud di sekitar Ranau, Sabah.

Gempa bumi yang berpusat di Gunung Kinabalu itu telah mengorbankan empat orang malim gunung dan 14 orang pendaki termasuk beberapa orang pelajar dari Singapura.

Salah seorang darinya adalah Navdeep Singh Jaryal Raj Kumar yang ketika itu berusia 13 tahun.

Baru-baru ini, seorang wanita yang merupakan kakak kepada mendiang berkongsi bahawa dia telah berjaya tiba di puncak Gunung Kinabalu sebagai tribute buat adiknya.

Menerusi kiriman yang dikongsi semula oleh pihak pentadbiran Gunung Kinabalu di Facebook, Simran Jaryal menceritakan pengalamannya mendaki Gunung Kinabalu di media sosialnya, @sjxryxl dengan kisah menyayat hati pemergian adiknya, Navdeep.

“Saya kakak kepada Navdeep, salah seorang pelajar yang meninggal dunia ketika berlaku gempa bumi itu. Saya ingin kongsikan pengalaman saya menyempurnakan pendakian ini bagi pihak adik saya,” katanya.

Ketika tiba di puncak Gunung Kinabalu, wanita berkenaan dapat merasakan pengalaman penuh emosi dalam hidupnya.

“Pendakian ini penuh dengan cabaran fizikal, renungan yang mendalam dan kasih sayang yang mengalir tanpa henti. Setiap langkah yang saya ambil, saya bawa bersama kenangan adik saya, Navdeep, gelak tawanya, keberaniannya dan semangatnya yang tidak pernah goyah,” kongsinya.

Kredit: Mount Kinabalu

Mengenang kembali adiknya, Navdeep disifatkan sebagai seorang yang suka mengusik dan lucu.

Dia seorang yang mampu menceriakan segenap ruang hanya dengan sebuah senyuman atau komen yang bersahaja. Mendiang begitu gembira tatkala mendapat berita terpilih untuk menyertai ekspedisi Gunung Kinabalu pada tahun 2015.

“Dia berlatih dengan sepenuh dedikasi dan tekun. Walaupun dia tidak pernah berpeluang menjejakkan kaki ke puncak gunung itu sendiri, kehadirannya sentiasa terasa seperti menemani setiap langkah saya sepanjang perjalanan,” tambahnya lagi.

Katanya, pendakian ini bukan untuk dirinya semata-mata tetapi demi Navdeep dan rakan-rakannya.

“Saya dapat rasakan semangatnya di ruang udara Gunung Kinabalu, dalam kata-kata semangat daripada mereka yang mendaki bersama saya. Juga di kala merasai kesunyian apabila laluan semakin curam dan semangat mula goyah.

Kredit: Mount Kinabalu

“Keluarga dan rakan-rakan yang mengenali, serta menyayanginya turut memberi sokongan dan berkongsi kekuatan. Ia mengingatkan kepada saya bahawa duka dan kasih sayang sering menyusuri jejak yang sama,” luahnya.

Mengakhiri perkongsian, Simran sekali lagi meletakkan adiknya sebagai tonggak pencapaiannya itu.

“Pendakian ini bagi memperingati kenangannya, keberaniannya dan kegembiraan yang dibawanya dalam hidup kami. Dia mungkin tidak sempat tiba ke puncak secara zahir, tetapi semangatnya sentiasa hidup dalam setiap terbitnya matahari di Gunung Kinabalu,” ujar wanita tersebut.

Sumber: Mount Kinabalu

BACA: “Boleh Masak Laksa,” Unik, Jambangan Bunga Kantan Jadi Hadiah Hari Guru

BACA: Gelagat Guru Yang Buat Kita Tersenyum Bila Ingat Balik