Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Kereta Api Paling Berbahaya Dunia
Gambar: X

Perjalanan Kereta Api Paling Berbahaya Di Dunia

Hannah

Perjalanan Kereta Api Paling Berbahaya Di Dunia

Bagi kebanyakan daripada kita, menaiki kereta api mungkin sekadar rutin harian. Pergi dan pulang kerja, atau berjalan-jalan mengelilingi bandar, terutamanya di Semenanjung Malaysia.

Sesetengah orang pula mengaitkannya dengan sesuatu yang tenang dan damai. Angin sejuk menyapa wajah, pemandangan hijau terbentang luas meluncur laju di luar tingkap.

Namun di sebalik semua itu, wujud satu perjalanan kereta api yang sangat ‘luar biasa’, jauh berbeza daripada apa yang biasa kita bayangkan.

Inilah “Kereta Api Bijih Besi Mauritania”, sebuah perjalanan yang ekstrem dan mencabar, dikhabarkan hanya untuk mereka yang benar-benar berani.

Kereta api ini bukan sahaja antara yang paling panjang dan paling berat di dunia, malah turut digelar sebagai salah satu perjalanan kereta api paling berbahaya pernah wujud.

Untuk info, kereta api ini mula beroperasi sejak tahun 1963, khusus untuk mengangkut sumber galian dari pedalaman ke pelabuhan.

Ia tidak pernah direka untuk penumpang, tetapi untuk memenuhi keperluan ekonomi negara, membawa “emas hitam” dari perut bumi ke dunia luar.

Merentasi Gurun Sahara

Terletak di Afrika Barat, Mauritania merupakan sebuah negara yang tandus namun kaya dengan hasil galian, khususnya bijih besi.

Sumber mineral berharga ini ditemui jauh di tengah-tengah Gurun Sahara, jauh dari bandar dan kemudahan asas.

Untuk mengangkut bijih tersebut dari bandar perlombongan Zouérat ke pelabuhan Nouadhibou di pesisir Lautan Atlantik, satu sistem kereta api khas telah dibina, dan ia akhirnya menjadi legenda di benua itu.

Kereta api ini merentasi 704 kilometer padang pasir tanpa henti, dan perjalanan biasanya mengambil masa sekitar 14 hingga 20 jam.

Laluan yang dilalui bukan jalan biasa, tetapi ia merentas lautan pasir, dataran terik dan kawasan tandus yang terbentang sejauh mata memandang.

200 gerabak, tanpa henti, tiada keselesaan

Apa yang menjadikan kereta api ini begitu luar biasa dan berbahaya ialah reka bentuknya yang tidak seperti kereta api biasa.

Ia tidak mempunyai tempat duduk, kabin mahupun bumbung. Sebaliknya, ia terdiri daripada lebih 200 gerabak kargo terbuka, setiap satu membawa kira-kira 84 tan bijih besi.

Penduduk tempatan memanggilnya sebagai “Train du Désert, iaitu “Kereta Api Gurun”.

Walaupun keadaan sangat mencabar, masih ramai penduduk tempatan menumpang secara percuma untuk ke destinasi mereka. Tiada tiket, tiada nombor tempat duduk.

Mereka hanya memanjat dan duduk di atas timbunan bijih besi sambil membalut tubuh dengan kain untuk berlindung daripada panas terik dan debu gurun.

Tambahan pula, kereta api ini tidak berhenti di mana-mana hentian. Tiada makanan, tiada air, tiada bantuan kecemasan jika berlaku sebarang insiden.

Namun begitu, ia tetap menjadi satu-satunya pilihan pengangkutan murah bagi sesetengah komuniti di pedalaman Mauritania.

Laluan sarat bahaya

Perjalanan bermula dari Zouérat, sebuah bandar berhampiran sempadan Sahara Barat, kawasan yang terkenal dengan aktiviti militan dan kumpulan bersenjata.

Bandar Choum dikatakan sebagai tempat paling selamat untuk menaiki kereta api ini, namun penumpang tetap perlu bergantung sepenuhnya kepada diri sendiri.

Ketika musim panas, suhu boleh mencecah lebih 50°C, manakala ribut pasir boleh muncul secara tiba-tiba tanpa amaran. Namun, kereta api ini tetap meneruskan perjalanannya, hari demi hari.

BACA: Anak ‘Pergi’ Dalam Tidur, Ibu Bapa Datang Kolej Bawa Pulang Barang Arwah

BACA: Lokasi Hotel Jemaah Haji 2025 Di Madinah & Mekah

BACA: Rupanya Ini Sebab Kenapa Kapal Besar ‘Buang Air’

Sumber: India.Com