Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
malaysia pelancongan perubatan terbaik
Kredit: Bernama

Malaysia Nombor 1 Destinasi Pelancongan Perubatan Terbaik Dunia

Azizah Najib

Malaysia Nombor 1 Destinasi Pelancongan Perubatan Terbaik Dunia

Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan perubatan utama di dunia apabila berada di kedudukan pertama dalam senarai 10 Negara Terbaik Bagi Pelancongan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan Luar Negara 2025.

Senarai itu diterbitkan oleh syarikat perundingan, Nomad Capitalist yang berpangkalan di Dubai. Menurut laman berkenaan, Malaysia menerima lebih 500,000 pelancong perubatan setiap tahun, terutamanya dari Asia.

Pusat perubatan terkenal di Kuala Lumpur, Prince Court Medical Centre telah dinamakan hospital nombor satu untuk pesakit tanpa sempadan oleh Medical Travel Quality Alliance.

Pengasas Nomad Capitalist, Andrew Henderson berkata beliau mendapat penjimatan sekitar USD2,000 ketika mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

Antara sebab yang menjadikan Malaysia menjadi pilihan pertama dalam sektor pelancongan perubatan termasuk disebabkan kos rawatan rendah di samping penyediaan infrastruktur perubatan yang maju.

Menurut laman tersebut, Malaysia mempunyai fasiliti perubatan yang setanding Singapura dengan harga yang jauh lebih rendah. Selain daripada itu, penggunaan Bahasa Inggeris yang lebih meluas di Malaysia berbanding Thailand. Malah, infrastruktur yang disediakan lebih baik daripada negara seperti India.

Dalam pada itu, kerajaan turut mempunyai agensi khas yang ditubuhkan bagi menarik ratusan ribu pelancong perubatan yang merangkumi pelbagai prosedur dari luka melecur hingga masalah jantung.

Kredit: Bernama

Tambahan pula, tawaran kos bagi perkhidmatan persenyawaan in vitro (IVF) di Malaysia pula serendah satu perlima daripada kos di negara Barat. Manakala pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh termasuk ujian darah hanya menelan belanja beberapa ratus dolar. Kos ini jauh lebih rendah berbanding ribuan dolar yang perlu dibayar di Amerika Syarikat.

Sementara itu, negara-negara Asia lain seperti Jordan dan Colombia turut mula bersaing dalam sektor ini. Jordan kini menerima jutaan pesakit dan disenaraikan antara lima destinasi pelancongan perubatan terbaik oleh Bank Dunia. Colombia pula dilihat semakin pantas membangun sebagai hab pelancongan perubatan serantau.

Menerusi senarai tersebut, Brazil berada di tangga ke-10 manakala Mexico di tangga kesembilan. Turut menjadi antara pilihan teratas bagi bersara, Panama tersenarai sebagai destinasi kelapan pelancongan perubatan, didahului Costa Rica di kedudukan ketujuh. Kedudukan keenam disandang oleh Republik Czech sementara tempat kelima merupakan negara timur tengah, Turkiye. India menduduki tangga keempat manakala Thailand dan Singapura masing-masing di tangga ketiga dan kedua.

Sumber: Nomad Capitalist, MyGovernment

BACA: Gaji Pensyarah Indonesia Terendah Di Asia Tenggara – Kajian

BACA: Cukai Jalan Avanza Di Indonesia Lebih Mahal Berbanding Malaysia