Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
cuci masjid tunai haji
Kredit: detik

Terkenal Buat “Content” Cuci Masjid, Lelaki Dijemput Arab Saudi Tunai Haji

Azizah Najib

Terkenal Buat “Content” Cuci Masjid, Lelaki Dijemput Arab Saudi Tunai Haji

Indonesia – Seorang pencipta kandungan yang terkenal dengan aktivitinya mencuci masjid sekitar Indonesia mendapat khabar gembira apabila dijemput menunaikan haji oleh kerajaan Arab Saudi, lapor detik.

Muhammad Cecep Abdullah, 27 tahun yang berasal dari Citamiang, Sukabumi dijadualkan berangkat ke Tanah Suci pada 29 Mei 2025 bersama 20 orang lagi jemaah penerima jemputan khas kerajaan Arab Saudi bagi menunaikan ibadah haji.

Menjadi satu-satunya wakil Sukabumi yang terpilih bagi tahun ini, Cecep akui terkejut apabila menerima panggilan dua bulan yang lalu. Sejak 2024, pemuda tersebut sentiasa memanjatkan doa agar dijemput menunaikan haji. Malah, ketika berada di Raudhah semasa menunaikan umrah, pemuda tersebut sempat memanjatkan doa dengan penuh harapan.

“Ketika itu saya berdoa supaya Allah menjemput saya menunaikan haji pada 2025, tidak kira bagaimana cara sekalipun,” kongsinya.

Tanggal 14 Mei, pemuda tersebut semakin yakin dengan panggilan yang diterima apabila dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp jemaah jemputan khas.

“Waktu itu baru saya yakin yang saya bakal berangkat sebagai jemaah,” tambahnya.

Sebelum pemilik akaun TikTok Cleaner Masjid ini tular pada 2024 kerana aktif membersihkan masjid di sekitar Sukabumi, pemuda berkenaan telah lama memulakan usaha tersebut ketika masih menuntut di Pondok At-Tibyan.

Biarpun usaha ini pernah terhenti seketika sepanjang pandemik, pemuda berkenaan tidak berputus asa. Kini, dia mengetuai sebuah komuniti dengan 20 orang ahli yang mampu membersihkan sehingga 12 masjid sehari.

“Saya dulu cuma ajak orang ikut bersihkan masjid sebab tak mungkin saya mampu buat semua sendiri,” katanya.

Berbalik kepada soal jemputan yang diterima, pemuda berkenaan tidak pasti bagaimana kerajaan Arab Saudi dapat mempertimbangkan dirinya sebagai jemaah jemputan.

“Mungkin ini betul-betul jemputan dari Allah,” ucapnya, kagum.

Menjengah proses persiapan, pemuda tersebut sudah bersedia dengan segala keperluan. Berikutan sesi bergambar bersama wakil kerajaan bakal diadakan, dia turut membawa pakaian formal.

Biarpun begitu, bagi dirinya, persiapan rohani dan fizikal lebih penting bagi menghadapi cuaca panas ketika ini di Arab Saudi.

Sumber: detikjabar

BACA: Sebak Dijemput Tetamu Allah Setelah 36 Tahun Peluk Islam

BACA: Gaji Pensyarah Indonesia Terendah Di Asia Tenggara – Kajian