Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pemandu bas tunai haji
Kredit: Dr Shadee Elmasry

Kisah Pemandu Bas Dapat Tunai Haji Bersama Keluarga Diraja Buat Ramai Sebak

Azizah Najib

Kisah Pemandu Bas Dapat Tunai Haji Bersama Keluarga Diraja Buat Ramai Sebak

Setiap umat Islam mempunyai impian untuk menunaikan haji, tetapi tidak semua berkemampuan untuk sampai ke Tanah Suci. Ada yang diuji dengan kekangan kewangan, ada pula yang terhalang kerana komitmen kerja dan kesihatan. Namun, apabila Allah sudah menetapkan rezeki seseorang, jalannya pasti terbuka walau dengan cara yang tidak disangka.

Begitulah kisah seorang pemandu bas yang berkongsi pengalaman luar biasa menunaikan haji walaupun pada awalnya tidak mendapat kebenaran. Dengan hanya berbekalkan ihram dan beberapa riyal, dia nekad menyerahkan segalanya kepada takdir dan akhirnya diberi peluang mengerjakan haji bersama rombongan keluarga diraja Arab Saudi. Kisah ini bukan saja menyentuh hati, malah membuktikan bahawa jika niat kita ikhlas, pasti akan dipermudahkan jalan oleh Allah.

Kisah pemandu bas ini tular di media sosial selepas dikongsikan oleh pengasas dan pengarah Safina Society, Dr Shadee Elmasry.

Menurut Dr Shadee, seorang pemandu bas yang tidak dinamakan itu berkongsi pengalaman menyentuh hati apabila hasratnya untuk menunaikan haji hampir tidak kesampaian disebabkan peraturan pekerjaannya.

“Sebagai pemandu, kami tidak dibenarkan menunaikan haji. Tapi tahun itu saya benar-benar mahu tunaikan haji,” kongsinya.

Pada malam sebelum wukuf di Arafah, beliau memakai ihram dan meminta izin daripada majikan untuk menunaikan haji sambil membawa jemaah. Namun, permintaan itu ditolak.

“Saya menangis dan berdoa kepada Allah. Saya teringin sangat tunaikan haji,” katanya sebelum tertidur dalam keadaan hiba.

Kredit: Dr Shadee Elmasry

Namun keajaiban berlaku apabila beliau bangun keesokan harinya dan dimaklumkan bahawa bas telah rosak. Menurut lelaki berkenaan, majikannya memaklumkan bahawa bas rosak dan dia dibenarkan untuk menunaikan haji. Namun, tiada gaji yang akan dibayar berikutan tidak bekerja.

“Saya terlalu gembira. Saya hanya ada 100 riyal tetapi saya mulakan haji dengan penuh kesyukuran,” ujar lelaki berkenaan.

Dalam perjalanan, beliau bertemu seorang lelaki Mesir dari Kafr Elsheikh yang mempunyai dialek percakapan yang sama sepertinya. Lelaki tersebut merupakan tukang masak keluarga diraja yang bertanggungjawab menjaga 11 orang putera muda semasa haji.

Tanpa diduga, tukang masak berkenaan mengajak lelaki tersebut untuk menemaninya, bersama-sama menunaikan haji.

Secara tidak langsung, pemandu itu menunaikan haji bersama keluarga diraja secara percuma dan menikmati kemudahan istimewa yang tidak ternilai. Antara keistimewaan yang dinikmatinya termasuk peluang melihat kunci Kaabah serta menggunakan laluan khas untuk mencium Hajar Aswad tanpa perlu bersesak.

Kredit: Dr Shadee Elmasry

Beberapa gambar yang dikongsikan dalam hantaran tersebut turut menunjukkan kehadirannya di Tanah Suci dalam suasana eksklusif. Ramai netizen tersentuh, menganggap kisah tersebut sebagai bukti keajaiban doa dan keikhlasan.

Sumber: Dr Syadee Elmasry

BACA: Haji 2025: Jemaah Haji Malaysia Selamat Jalani Pembedahan Jantung

BACA: Peta Interaktif Dilancar Jadi Panduan Jemaah Di Masjidil Haram