Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
bedah siasat upsi
Kredit: Bernama

Nahas Bas UPSI: 17 Jam Berlalu, Proses Bedah Siasat Mayat Selesai, Identiti Enam Mangsa Diketahui

Azizah Najib

Nahas Bas UPSI: 17 Jam Berlalu, Proses Bedah Siasat Mayat Selesai, Identiti Enam Mangsa Diketahui

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) – Selepas 17 jam nahas maut membabitkan bas yang membawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengejutkan negara awal pagi tadi, proses bedah siasat ke atas 15 mayat mangsa selesai petang ini dengan senarai rasmi identiti enam individu sudah dikenal pasti.

Setakat 5.30 petang, mangsa yang dikenal pasti ialah Sufea Adela Maslihaizan, 21; Mohammad Aqil Taqiudin (21); Anis Soffiyya Md Zaidi, (20); Nur Ainul Qistina Mat Ali, (21); Muhammad Adib Hazim Halim (21) dan Wan Nur Suhaila Wan Muhammad (22).

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin kepada pemberita di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh petang ini.

Terdahulu, proses bedah siasat mayat Muhammad Adib Hazim dan Wan Nur Suhaila dilakukan di Hospital Gerik manakala 13 lagi dihantar ke Jabatan Forensik HRPB.

Pengarah Kesihatan Perak Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata terdapat tiga pasukan forensik ditugaskan bagi proses bedah siasat yang dijangka selesai tengah malam ini berikutan keadaan mayat serta pengecaman oleh keluarga.

Tragedi menyayat hati di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, berdekatan Tasik Banding, Gerik, Perak itu berlaku antara 12.30 tengah malam dan 1 pagi apabila bas sewa khas yang membawa penuntut UPSI kampus Tanjung Malim terbabit terbalik selepas dikatakan terlanggar bahagian belakang kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza.

Bas yang membawa 42 pelajar berusia 21 hingga 23 tahun untuk kembali ke kampus selepas cuti Aidiladha itu bertolak dari Jertih, Terengganu pada 9 malam tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri memberi jaminan bahawa segala bentuk sokongan psikososial, kaunseling serta bantuan sewajarnya akan segera disalurkan kepada keluarga mangsa yang maut.

Beliau berkata pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat akan digerakkan bagi membantu keluarga pelajar terbabit khususnya dalam pengurusan emosi dan kebajikan mereka.

Di Kota Bharu, Kelantan pula, pemilik syarikat bas yang terbabit dalam nahas itu menafikan dakwaan menggunakan khidmat pemandu lori sebagai pemandu gantian.

Pegawai Operasi Syarikat Kenari Utara Mohd Nazri Nawi berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali memandangkan pihaknya sudah membuat penelitian dan tapisan sebelum mengambil pemandu gantian berikutan pemandu asal tidak dapat bekerja semalam kerana masih cuti.

“Kita tidak pernah mengambil pemandu bas secara sembarangan tanpa membuat tapisan. Kita mengakui pemandu gantian itu diambil daripada syarikat bas lain namun dia mempunyai pengalaman membawa bas termasuk bagi perjalanan jauh… bukan pemandu lori seperti yang didakwa,” katanya kepada pemberita di Pejabat Operasi Noreen Group di Tunjong di sini hari ini.

Seluruh negara masih terkejut dan berduka dengan insiden itu, yang disifatkan sebagai antara terburuk membabitkan penumpang bas persiaran.

Ucapan takziah serta titipan doa daripada barisan anggota Kabinet, pemimpin masyarakat dan rakyat pelbagai lapisan masyarakat kepada keluarga mangsa terus membanjiri media sosial setakat petang ini.

Mereka turut menzahirkan harapan supaya keluarga mangsa tabah menempuh waktu yang sukar ini.

Sumber: Bernama

BACA: Nahas Bas Gerik: Polis Terima Satu Rakaman Papan Pemuka

BACA: Tragedi Bas UPSI: Senarai 15 Mangsa Terkorban