Siakap Keli
Gambar: Astro Awani

Nahas Bas UPSI: Mangsa Kongsi Detik Cemas Sebelum Bas Terbalik

Nahas Bas UPSI: Mangsa Kongsi Detik Cemas Sebelum Bas Terbalik

Seorang mangsa kemalangan bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkongsi detik cemas sebelum bas yang dinaikinya terbalik dalam kejadian awal pagi tadi.

Nur Irdina Yamin Huri, 22, pelajar Tahun Dua dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di UPSI berkata, dia masih terjaga ketika kejadian berlaku.

Dia juga berkongsi sempat terhidu bau hangit sebelum bas itu mula terhuyung-hayang. Tambahnya, dia tidak merasa apa-apa kesakitan ketika awal kejadian.

“Lepas tu cari barang apa-apa yang kita orang, apa tu yang saya punya, tak jumpa.

“Lepas tu keluar ikut lubang yang ada dekat divider tu, ada lubang kecil.

“Kita orang keluar ikut situ yang mana boleh, yang mana boleh merangkak keluar lagi.

“Ada yang minta tolong pun kita orang tak boleh tolong sebab tak tau, tak nampak, gelap,” katanya.

Nur Irdina yang berasal dari Jertih, Terengganu ditemui di pekarangan Hospital Gerik pada Isnin.

Beliau hanya mengalami terseliuh di bahagian kaki dan pinggang, dan telah dibenarkan pulang pada hari yang sama.

Dalam tragedi menyayat hati yang berlaku awal pagi tadi di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, sekurang-kurangnya 15 nyawa terkorban dalam nahas membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza.

BACA: Bas Bawa Pelajar UPSI Terbalik, 15 Dilapor Maut

BACA: Nahas Bas UPSI: 15 Van Jenazah Digerakkan Ke Hospital Gerik, Hospital Ipoh

BACA: Kenyataan Ketua Polis Perak Berhubung Nahas Bas UPSI

Sumber: Astro Awani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.