Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
nahas pelajar upsi bas
Kredit: Bernama

Nahas Pelajar UPSI: Syarikat Bas Nafi Dakwaan Guna Pemandu Lori Sebagai “Back Up”

Azizah Najib

Nahas Pelajar UPSI: Syarikat Bas Nafi Dakwaan Guna Pemandu Lori Sebagai Back Up

KOTA BHARU, 9 Jun (Bernama) – Pemilik syarikat bas yang terlibat dalam nahas mengakibatkan kematian 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding di Perak menafikan dakwaan menggunakan khidmat pemandu lori sebagai pemandu gantian untuk membawa mangsa.

Pegawai Operasi Syarikat Kenari Utara Mohd Nazri Nawi berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali memandangkan pihaknya sudah membuat penelitian dan tapisan sebelum mengambil pemandu gantian berikutan pemandu asal tidak dapat bekerja semalam kerana masih cuti.

“Saya tidak tahu dari mana timbulnya dakwaan mahupun sumber yang mengatakan bahawa syarikat ini mengambil pemandu lori sebagai ganti untuk pemandu gantian. Kita tidak pernah mengambil pemandu bas secara sembarangan tanpa membuat tapisan.

“Kita mengakui pemandu gantian itu diambil daripada syarikat bas lain namun dia mempunyai pengalaman membawa bas termasuk bagi perjalanan jauh… bukan pemandu lori seperti yang didakwa,” katanya kepada pemberita di Pejabat Operasi Noreen Group di Tunjong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kedua-dua pemandu yang menghantar pelajar UPSI semalam mempunyai rekod yang bersih selain bebas daripada sebarang bahan terlarang ketika menjalankan tugas.

Setakat ini, Mohd Nazri berkata mengikut maklumat yang diperoleh, pemandu pertama iaitu pemandu di bawah syarikat itu mengalami patah tangan namun pemandu gantian berada dalam keadaan kritikal.

“Saya tidak dapat pastikan ketika kejadian, pemandu pertama ataupun gantian yang memandu bas. Bagaimanapun, saya ada menerima panggilan daripada pemandu bas sekitar 1 pagi semalam yang memaklumkan bahawa mereka terlibat dalam kemalangan.

“Apabila tahu mengenai kejadian itu, saya terus bergegas ke lokasi namun tidak sempat menemui kedua-duanya kerana mereka sedang menerima rawatan,” katanya.

Mohd Nazri berkata beliau dimaklumkan bahawa mereka akan dirujuk ke Hospital Taiping bagi rawatan lanjut.

Beliau juga berharap sebarang spekulasi berhubung perkara itu dihentikan dan kes tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan, dan pihaknya bersedia memberikan kerjasama penuh.

Sumber: Bernama

BACA: Lewat 15 Minit, Pelajar UPSI Terselamat Dalam Tragedi Bas Maut

BACA: Kemalangan Di Gerik: Siasatan Awal Dapati Bas Terlanggar Belakang Kenderaan Alza – Polis