Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
JPJ tahan pemandu bas
Kredit: Bernama

JPJ Tahan Pemandu Bas Ekspres Positif Dadah Dalam Operasi Khas Aidiladha

Azizah Najib

JPJ Tahan Pemandu Bas Ekspres Positif Dadah Dalam Operasi Khas Aidiladha

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) — Seorang pemandu bas ekspres didapati positif dadah dalam Operasi Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2025 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) di Plaza Tol Gombak hari ini.

Pengarah JPJ WPKL Hamidi Adam berkata ujian saringan air kencing di lapangan mendapati pemandu lelaki berusia 30-an itu positif dadah jenis Morfin.

“Pemandu itu kini ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983. Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) juga akan menghantar laporan lengkap kepada Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya.

“Bas ekspres yang dalam perjalanan menghala ke Kemaman dari Lumut itu juga sudah melanjutkan perjalanannya dengan pemandu gantian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Operasi Khas HRAA 2025 JPJ WPKL, yang berakhir hari ini selepas dilaksanakan sejak 4 Jun lepas, di Stesen Timbang Penguatkuasa JPJ Gombak di sini.

Hamidi berkata setakat semalam, sebanyak 2,437 notis dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan ke atas kenderaan serta pemandu yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.

“Statistik tersebut adalah hasil daripada 33,988 kenderaan yang telah diperiksa dalam tempoh enam hari dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 26 kenderaan telah disita terdiri daripada 23 motosikal, dua kereta dan sebuah lori kecil,” katanya.

Beliau berkata menerusi notis JPJ(P)22 yang dikeluarkan oleh JPJ WPKL, sejumlah 2,559 kenderaan dan pemandu gagal mematuhi peraturan antaranya 657 kesalahan melibatkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.

Mengulas mengenai operasi hari ini yang dijalankan dari 1 tengah hari hingga 7 malam, Hamidi berkata sebanyak 620 kenderaan diperiksa dan 60 daripadanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.

“Operasi hari ini disertai 54 anggota JPJ WPKL, 10 anggota AADK, lima anggota Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia serta 20 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Nahas UPSI: Pemandu Bas Mohon Maaf Kepada Keluarga Mangsa, Pelajar