Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Zordon Dah Bagi Cuti, Lelaki Bertukar Jadi Power Rangers Sambut Kelahiran Anak
Ketika seorang wanita melalui proses bersalin, kehadiran suami di sisi bukan sekadar menjadi sokongan emosi, malah simbol keutuhan rumah tangga. Perasaan cemas, teruja dan gembira bercampur-baur saat menanti detik penuh makna ini. Bagi sesetengah suami, menanti kelahiran anak bukan sekadar menunggu, tetapi juga peluang mencipta kenangan luar biasa.
Ada yang memilih berzikir, ada juga yang mengurut isteri sebagai tanda prihatin. Namun, tidak semua suami menyambut detik kelahiran dengan cara yang biasa. Sesetengahnya tampil dengan gelagat luar jangka, sekadar menceriakan suasana mendebarkan di wad.
Begitulah kisah seorang suami di Indonesia yang menarik perhatian ramai apabila tampil lengkap berpakaian sut lengkap Power Rangers merah. Gelagat lucu dan spontan itu mencuit hati warga maya, malah mendapat 1.1 juta tontonan di TikTok.
“Bila suami disuruh bersedia, ini kan maksudnya? Penantian sememangnya membosankan, jadi Morphin saja. Selamat datang, Ranger Junior ku,” tulis lelaki berkenaan.
Melihat gelagat isteri yang tidak memberi sebarang reaksi, ramai beranggapan pasangan hidup lelaki berkenaan sudah lali dengan karenah suaminya. Rakaman video yang berdurasi 1 minit 15 saat itu dimuat naik di laman TikTok dan telah dikongsi sebanyak 23.6 ribu kali.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat lelaki tersebut sambil mengulas situasi berkenaan.
“Maksudnya esok kalau Power Rangers berkumpul, yang merah takkan hadir. Dia sedang jaga anak,” ujar seorang warga maya.
“Dah boleh nampak siapa yang bakal jadi raksasa hadap dua Power Rangers di rumah setiap hari,” ulas yang lain.
“Dah minta izin cuti dari Zordon ke belum bang?” tanya seorang lagi.
Menjawab kepada pertanyaan ini, lelaki berkenaan sempat berseloroh gajinya sudah dipotong oleh Zordon berikutan mengambil cuti buat menyambut kelahiran anaknya.
Sumber: NightChanges
BACA: “Anak-anak aku, tanggungjawab aku,” Kisah Bapa Tunggal Buat Ramai Sebak
BACA: Doa Ibu Tunggal, Anak Autistik Berjaya Khatam Al-Quran
BACA: “Tak Mudah,” Lebih 20 Tahun PJJ, Wanita Kongsi Coretan Sayu