Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Nazia Suhaimi
Tiada Kategori

Pertama Kali Mandikan Jenazah, Wanita Kongsi Pengalaman Urus Pemergian Ibu

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Pertama Kali Mandikan Jenazah, Wanita Kongsi Pengalaman Urus Pemergian Ibu

Pemergian ibu atau ayah yang selama ini sentiasa ada sepanjang hidup kita umpama terputusnya salah satu tali yang utuh dalam jiwa.

Lemah, tak berdaya. Minda pula terasa kosong hingga tidak dapat lagi berfikir apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Ketika inilah kehadiran pelbagai pihak yang membantu sepanjang proses pengendalian jenazah amat bermakna buat waris. Dalam meringankan beban, pelbagai perkara juga dapat dipelajari waris yang sudah tentu, pertama kali menghadapi kehilangan ini.

Itulah yang dilalui oleh Nazia Suhaimi tatkala jiwa sedang meratapi pemergian bonda tercinta. Ikuti kisah wanita ini berkenaan perjalanannya menguruskan jenazah bonda yang dikongsi di laman Facebook miliknya.

Banyak perkara saya belajar dari pengalaman selepas kematian mak.

1. Pihak hospital keluarkan surat pengesahan kematian. Jika meninggal dunia di rumah, perlu panggil pegawai kesihatan dari klinik kerajaan terdekat untuk buat pengesahan, bawa IC si mati dan buat laporan polis di balai polis berdekatan.

2. Bincang untuk uruskan jenazah sama ada mahu mandikan jenazah di hospital atau dibawa pulang ke rumah, masjid atau surau untuk diuruskan di sana.

Kami sepakat bawa mak ke masjid kawasan rumah supaya sanak-saudara boleh datang beri kehormatan terakhir sebelum dikebumikan.

3. Pembahagian tugas iaitu pengurusan van jenazah, tempat untuk dimandikan, dan tempat untuk dikebumikan.

4. Ketika ini baru saya faham, sementara menunggu van jenazah sampai ke hospital, jenazah akan ditempatkan di bilik mayat dulu. Ada salinan bertulis. Pengecaman jenazah perlu dibuat oleh waris sebelum di bawa pergi ke masjid atau rumah.

5. Semasa jenazah baru sampai ke masjid, kami dalam kelaparan yang amat sebab tak sempat makan dari pagi.

Terima kasih buat pihak Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah Official kerana menyediakan minuman sejuk semasa cuaca panas. Serta terima kasih juga kepada sanak-saudara, orang luar yang sudi bawakan begitu banyak makanan ketika menunggu jenazah diuruskan.

6. Kami adik-beradik serta menantu bersama-sama mandikan jenazah mak sambil disantuni oleh ustazah dan Kak Long dari pihak masjid.

Sebelum itu pihak masjid minta kami sediakan 5 helai batik lepas dan 2 helai tuala. Ini adalah pengalaman pertama saya memandikan jenazah dan sekarang baru saya faham keperluan batik lepas.

Bahan-bahan lain didatangkan dalam kit urus jenazah khusus dari MAIWP (disediakan oleh pihak masjid).

7. Semasa jenazah masih berada di masjid, ada jiran sediakan balang jag kaca untuk para hadirin memberi sedikit sumbangan kepada keluarga si mati. Hal ini baru saya faham, menguruskan kematian memerlukan banyak duit.

8. Jenazah selamat disolatkan usai solat Asar dan terus dibawa ke tapak perkuburan menggunakan van jenazah. Ketika ini ayah wakil kepada jenazah menaiki van bersama. Kos pengurusan jenazah, menaiki van jenazah dan gali kubur adalah sekitar RM1.1 ribu.

9. Selepas pengurusan pengebumian selesai. Kami bergegas pulang untuk majlis tahlil di surau.

Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Surau al-Ansar Taman Sri Rampai sebab kami tak perlu buat apa-apa pada malam tahlil pertama. Semuanya diatur dan diurus oleh pihak surau. Bahkan makanan yang disediakan juga sedap-sedap belaka (ucapan terima kasih khas kepada Mak Cik Norsiah sekeluarga, hanya Allah yang dapat balas kebaikan kalian).

10. Malam kedua dan ketiga tahlil juga kami tak perlu buat apa-apa sebab semuanya masih diuruskan oleh pihak surau. Cuma perlu sediakan kos makanan. Tugas kami datang untuk bersama-sama solat berjemaah, bacaan yasin, mengedar makanan serta menjaga kebersihan.

Jadi fahamlah saya, perjalanan mengurus kematian bukan saja untuk meratap kesedihan, ia juga perjalanan ukhwah, adab dan akhlak sesama insan.

Nota: Catit sini sebagai perkongsian peribadi dan panduan masa akan datang.

Silakan kongsi, mudah-mudahan ilmu yang dikongsi dipanjangkan pahala buat mak saya, Hajah Latipah Ibrahim.

Sumber: Nazia Suhaimi

BACA: Hantar “Treadmill”, Abang Kurier Sempat Titip Semangat Turunkan Berat Badan

BACA: Zordon Dah Bagi Cuti, Lelaki Bertukar Jadi Power Rangers Sambut Kelahiran Anak