Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
stpm negeri sembilan
Kredit: Bernama

STPM: Penantian 10 Tahun Berakhir, PNGK Negeri Sembilan Melepasi Kebangsaan

Azizah Najib

STPM: Penantian 10 Tahun Berakhir, PNGK Negeri Sembilan Melepasi Kebangsaan

SEREMBAN, 24 Jun ( Bernama) — Penantian selama sedekad berakhir apabila Negeri Sembilan mencatat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024, iaitu 2.86 sekali gus buat kali pertama mengatasi PNGK kebangsaan yang merekodkan 2.85.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pencapaian yang dinanti sejak 2014 itu berjaya direalisasikan hasil usaha berterusan dan komitmen tinggi para pendidik, selain pelbagai inisiatif kerajaan negeri dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan di negeri ini.

“Buat kali pertama PNGK Negeri melepasi PNGK Kebangsaan, biarpun tidak banyak hanya 0.01 sahaja tetapi saya sangat menghargainya dan berterima kasih kepada semua pihak terutama institusi pendidikan, sekolah, ibu bapa dan pelajar bagi memastikan kecemerlangan ini.

“Pelbagai bantuan dan peruntukan diberikan bagi menyokong kecemerlangan pendidikan di negeri ini, malah menerusi Yayasan Negeri Sembilan pelbagai insentif disediakan untuk membantu pembangunan sosiopendidikan termasuk peruntukan RM100,000 program tuisyen bagi pelajar STPM,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan keputusan kepada calon cemerlang STPM Negeri di Kolej Tingkatan Enam (KTE) Tuanku Muhriz di sini hari ini.

Aminuddin berkata pada tahun lepas kerajaan negeri memperuntukkan RM12 juta bagi sektor pendidikan dan dijangka bertambah pada tahun seterusnya bagi memastikan prestasi pendidikan lebih berdaya saing.

BACA: STPM 2024 Catat PNGK Nasional 2.85, Tertinggi Dalam Sejarah

Sementara itu, pelajar terbaik aliran Sains peringkat Negeri Sembilan, Hew Siow Xuan,20, dari kolej berkenaan berkata dia menghabiskan masa hujung minggu dengan mengikuti kelas tuisyen dan kelas tambahan sekurang-kurangnya lapan jam.

Anak sulung daripada dua beradik itu berharap cita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Petroleum tercapai.

Seorang lagi pelajar cemerlang, Muhammad Fahrin Danial Abd Aziz, 20, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin berkata kejayaan tidak hanya bergantung kepada usaha belajar semata-mata, sebaliknya turut dipengaruhi oleh amalan sikap positif dalam kehidupan seharian.

“Pertama sekali, kita perlu menjaga solat dan hubungan dengan Allah, diikuti hubungan baik dengan ibu bapa serta guru. Semua itu faktor penting yang mendorong kejayaan seseorang,” katanya.

Sumber: Bernama