Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
punca penyaman udara tertutup
Kredit: ImageFX

7 Punca Penyaman Udara Tertutup Sendiri

Azizah Najib

7 Punca Utama Penyaman Udara Tertutup Sendiri

Penyaman udara kini menjadi antara kelengkapan rumah yang paling penting di kebanyakan kediaman. Tidak hanya memberi keselesaan ketika cuaca panas, malah penyaman udara turut membantu mengawal suhu dan kelembapan dalam ruang tertutup agar penghuni lebih selesa menjalani aktiviti harian.

Permintaan terhadap penyaman udara juga meningkat saban tahun berikutan gaya hidup selain peningkatan suhu global. Namun, terdapat satu masalah yang sering menghantui pengguna, iaitu penyaman udara yang tertutup sendiri secara tiba-tiba.

Jika penyaman udara di rumah anda kerap tertutup dengan sendiri, anda mungkin berdepan masalah yang dipanggil short cycling.

Menurut Blue Dot, keadaan ini tidak hanya disebabkan oleh satu punca sahaja. Terdapat beberapa punca lagi yang boleh menjadi kemungkinan perkara ini berlaku, dari penapis udara tersumbat hingga kepada kebocoran gas penyejuk.

Berikut SK kongsikan tujuh punca utama yang berkemungkinan menjadi sebab kepada masalah yang anda hadapi.

Penapis udara kotor

Penapis udara yang dipenuhi habuk dan kotoran boleh menyekat aliran udara. Keadaan ini menyebabkan unit penyaman udara menjadi panas melampau dan tertutup sendiri sebagai langkah keselamatan.

Selain itu, penapis yang tersumbat juga boleh menjejaskan prestasi penyejukan dan meningkatkan bil elektrik bulanan anda.

Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menukar atau membersihkan penapis udara setiap satu hingga dua bulan agar penyaman udara anda tidak terlebih beban.

Tetapan termostat tidak betul

Termostat yang tidak ditetapkan dengan betul boleh membuatkan sistem berhenti lebih awal daripada sepatutnya. Sebagai contoh, suhu yang anda tetapkan terlalu tinggi atau lokasi termostat berada terlalu hampir dengan sinaran matahari.

Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu semak semula tetapan suhu penyaman udara. Pastikan termostat tidak dipasang berhampiran tingkap atau kawasan berangin.

Paras gas penyejuk rendah

Jika anda tertanya-tanya kenapa penyaman udara tertutup sendiri, periksa paras gas penyejuk. Kehilangan gas ini menyebabkan sistem tidak dapat menyejuk dengan cekap.

Paras gas penyejuk yang rendah juga boleh menyebabkan gegelung penyejat membeku dan seterusnya merosakkan sistem jika tidak ditangani segera.

Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu hubungi juruteknik bertauliah untuk memeriksa dan mengisi semula gas penyejuk secara profesional.

Gegelung pemeluwap kotor

Gegelung pemeluwap membantu membuang haba keluar dari rumah. Jika ia dipenuhi debu dan daun kering, unit boleh menjadi terlalu panas dan menyebabkan ia terhenti sendiri.

Atasi masalah ini dengan mematikan unit dan bersihkan gegelung dengan berus lembut. Anda juga boleh menggunakan cecair pembersih khas. Jika kotoran terlalu tebal, anda mungkin perlu dapatkan bantuan pakar untuk mengelakkan berlaku kerosakan.

Gegelung penyejat membeku

Apabila udara tidak dapat mengalir dengan baik, ia boleh mengakibatkan penapis tersumbat atau halangan pada saluran masuk udara. Akhirnya, keadaan ini menyebabkan gegelung penyejat boleh membeku walaupun ketika itu cuaca panas.

Apabila perkara ini berlaku, unit akan berhenti berfungsi bagi mengelakkan kerosakan lebih teruk.

Cara mengatasi masalah ini ialah dengan melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada halangan pada penapis atau saluran udara. Jika gegelung kekal beku, anda perlu dapatkan bantuan juruteknik.

Kebocoran gas penyejuk

Kebocoran gas bukan hanya menjejaskan kecekapan, malah boleh menyebabkan kerosakan pada pemampat. Sistem yang kekurangan gas tidak dapat mengekalkan suhu sejuk yang dikehendaki.

Anda tidak disarankan mengatasi masalah ini dengan percubaan membaikinya sendiri. Kebocoran gas perlu diperiksa dan dibaiki oleh pakar menggunakan peralatan khas.

Masalah compressor

Compressor atau pemampat merupakan nadi bagi sistem penyaman udara. Komponen ini menggerakkan gas penyejuk dan menyokong keseluruhan proses penyejukan.

Jika pemampat bermasalah, unit ini akan tertutup secara automatik. Contohnya keadaan di mana fius terbakar atau beban berlebihan.

Keadaan ini sememangnya rumit untuk anda atasi dengan sendiri, jadi, anda disarankan untuk membuat temu janji dengan juruteknik bertauliah agar masalah ini dapat diselesaikan.

Masalah penyaman udara yang sering tertutup sendiri tidak hanya menjengkelkan, malah boleh menjejaskan bil dan keselesaan isi rumah. Kenal pasti punca sebenar dan jangan abaikan tanda-tanda awal kerosakan pada penyaman udara anda.

Sumber: Blue Dot

BACA: Pelajar UM Cipta KelantanLingo, Aplikasi Belajar Dialek Kelantan

BACA: Roket & Peluru Berpandu Pun Boleh Masuk Angin? Pakar Jelaskan Sebabnya