Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Peluasan sst tidak beri kesan
Gambar: BERNAMA

Peluasan SST Tidak Beri Kesan Besar Kepada Ibu Bapa Hantar Anak Ke Institusi Swasta

Iqbal Yasir

Peluasan SST Tidak Beri Kesan Besar Kepada Ibu Bapa Hantar Anak Ke Institusi Swasta

KUALA LANGAT, (Bernama) — Pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak memberi kesan signifikan kepada ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan institusi swasta bagi pendidikan peringkat taska, tadika dan prasekolah.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia susulan Cukai Perkhidmatan (CP) yang meliputi aspek berkenaan hanya akan dikenakan kepada pengusaha yang mengutip yuran pengajian melebihi RM60,000 setahun bagi seorang pelajar.

“Ini lebih kepada mereka yang menghantar ke institusi swasta, bermakna mereka ini mampu dan orang ramai tidak perlu gusar kerana setakat ini difahamkan (kebanyakan) institusi swasta tidak mengenakan caj yang mencecah angka (RM60,000) setahun itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Apresiasi dan Penghargaan Rakan Strategik Program Anjung Sinar 2025 di sini hari ini.

Nancy turut menasihatkan para pengusaha agar tidak mengambil kesempatan terhadap inisiatif yang bertujuan mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil dan meluaskan asas percukaian sehingga membebankan ibu bapa.

“Kita harap mereka (pengusaha) menjalankan tugas dengan jujur untuk membantu ibu bapa agar mereka boleh kerja dan pengusaha perlu mengingatkan diri mereka yang orang memerlukan perkhidmatan mereka. Jadi, jangan kenakan bayaran secara berlebihan,” katanya.

CP sebanyak enam peratus yang bermula pada 1 Julai ini meliputi perkhidmatan pendidikan termasuk prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah swasta itu tidak akan dikenakan kepada orang kurang upaya (OKU) warganegara Malaysia.

Terdahulu, Nancy menyampaikan anugerah kepada lima ikon cemerlang Program Anjung Sinar, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) masing-masing mewakili kategori Pendidikan, Kepimpinan, Komuniti, Kerjaya dan Sukarelawan.

Pemilihan ikon-ikon itu dibuat berdasarkan pencapaian dan sumbangan signifikan peserta sepanjang tiga tahun mereka digilap dan dibimbing melalui pendekatan menyeluruh yang ditawarkan oleh Program Anjung Sinar, yang mula dilaksanakan pada tahun 2023.

Sumber: BERNAMA