Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Bnm turunkan opr 25
Kredit: Bernama

BNM Turunkan OPR Sebanyak 25 Mata Asas Kepada 2.75 Peratus

Azizah Najib

BNM Turunkan OPR Sebanyak 25 Mata Asas Kepada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus.

BNM berkata kadar tertinggi dan terendah koridor OPR masing-masing dikurangkan kepada 3 peratus dan 2.5 peratus.

“Penunjuk terkini menandakan pertumbuhan global yang berterusan, disokong oleh perbelanjaan pengguna yang berdaya tahan dan sedikit sebanyak menerusi aktiviti yang dilakukan lebih awal.

“Prospek pertumbuhan global dijangka terus disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang positif, dasar monetari yang kurang ketat dan rangsangan fiskal,” kata bank pusat dalam satu kenyataan hari ini.

Kali terakhir BNM mengekalkan OPR pada 2.75 peratus adalah pada Mac 2023. Kadar dinaikkan kepada tiga peratus pada Mei 2023.

Selain itu, bank pusat berkata prospek ini dipengaruhi oleh ketidakpastian berhubung dengan perkembangan tarif serta ketegangan geopolitik yang menyebabkan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan global dan harga komoditi.

“Bagi Malaysia, perkembangan terkini menunjukkan pertumbuhan berterusan dalam kegiatan ekonomi pada suku kedua, disokong oleh permintaan dalam negeri yang berterusan serta pertumbuhan eksport.

“Pada masa hadapan, pertumbuhan dijangka disokong oleh permintaan dalam negeri yang berdaya tahan,” katanya.

Sementara itu, BNM berkata pertumbuhan guna tenaga dan upah, khususnya dalam sektor berorientasikan dalam negeri, berserta langkah-langkah dasar berkaitan pendapatan akan menyokong perbelanjaan isi rumah.

“Pengembangan aktiviti pelaburan akan diteruskan oleh kemajuan projek berbilang tahun yang dilaksanakan dalam sektor swasta dan awam, lebih banyak pelaksanaan berterusan pelaburan yang telah diluluskan serta inisiatif pemangkin yang terus dilaksanakan di bawah beberapa pelan induk nasional,” katanya.

Bank pusat berkata hasil rundingan perdagangan menggalakkan, dasar yang menyokong pertumbuhan di negara maju, permintaan berterusan terhadap barangan elektrik dan elektronik serta aktiviti pelancongan yang rancak boleh meningkatkan prospek eksport Malaysia.

“Bagaimanapun, imbangan risiko kepada prospek pertumbuhan cenderung menjadi perlahan, berpunca terutamanya daripada perdagangan global yang lebih perlahan, sentimen lemah serta pengeluaran komoditi lebih rendah daripada jangkaan,” katanya.

Inflasi keseluruhan dan inflasi teras masing-masing berada pada purata 1.4 peratus dan 1.9 peratus pada tempoh lima bulan pertama tahun ini.

“Secara keseluruhan, inflasi pada 2025 dijangka kekal sederhana berikutan keadaan kos global yang terkawal dan ketiadaan tekanan permintaan dalam negeri yang berlebihan,” katanya.

BNM berkata tekanan inflasi daripada harga komoditi global dijangka kekal terhad, seterusnya menyumbang kepada keadaan kos dalam negeri yang lebih sederhana.

“Dalam persekitaran ini, kesan keseluruhan langkah-langkah pembaharuan dasar dalam negeri yang telah dan akan diumumkan terhadap inflasi dijangka terkawal,” katanya.

Sementara itu, BNM berkata, prestasi ringgit akan terus didorong terutamanya oleh faktor luaran.

Prospek ekonomi Malaysia dan pembaharuan struktur dalam negeri yang menggalakkan, berserta inisiatif yang sedang dilaksanakan untuk menggalakkan aliran dana, akan terus memberikan sokongan berterusan terhadap ringgit.

“Walaupun ekonomi dalam negeri berada pada landasan yang kukuh, ketidakpastian berhubung dengan perkembangan luaran akan mempengaruhi prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia,” katanya.

Bank pusat berkata pengurangan OPR merupakan langkah awalan yang bertujuan mengekalkan persekitaran pertumbuhan Malaysia yang stabil dalam keadaan prospek inflasi sederhana.

“MPC akan terus memantau perkembangan semasa dan menilai imbangan risiko berhubung dengan prospek pertumbuhan dan inflasi dalam negeri,” katanya.

Sumber: Bernama

BACA: Penguatkuasaan OPS KESAN 4.0 Tangani Keuntungan Margin Tidak Munasabah

BACA: Setiausaha Didakwa Seleweng Dana Awam Untuk Kegunaan Peribadi