Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Penguatkuasaan OPS KESAN 4.0 Tangani Keuntungan Margin Tidak Munasabah
Tiada Kategori

Penguatkuasaan OPS KESAN 4.0 Tangani Keuntungan Margin Tidak Munasabah

Siti Sakinah

Penguatkuasaan OPS KESAN 4.0 Tangani Keuntungan Margin Tidak Munasabah

Sejajar dengan pelaksanaan semakan kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan (SST), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan pelaksanaan OPS KESAN 4.0 berkuat kuasa pada tarikh yang sama iaitu bermula 1 Julai 2025.

Pelaksanaan operasi di seluruh negara ini adalah untuk memastikan para peniaga tidak mengambil kesempatan dengan membuat pergerakan harga sama ada tanpa asas mahupun melakukan pencatutan dengan menggunakan SST sebagai alasan.

Bagi skop penguatkuasaan, ia meliputi barangan dan perkhidmatan yang terlibat dalam semakan kadar cukai jualan dan peluasan SST yang berkaitan. Ini termasuk pemantauan terhadap barangan yang tidak terlibat dengan semakan kadar SST seperti barangan keperluan asas.

Selain itu, pemeriksaan di bawah OPS KESAN 4.0 ini adalah meliputi semua kategori perniagaan iaitu pengilang, pengimport, pemborong, pengedar dan peruncit. Pemeriksaan yang dijalankan hari ini adalah melibatkan pemborong barangan keperluan pengguna seperti barangan kering dan makanan dalam tin. Ia bertujuan untuk memastikan sama ada terdapat pergerakan harga barangan akibat pengenaan cukai oleh pembekal barangan iaitu pengilang atau pengimport ke atas barangan bercukai adalah teratur.

Sementara itu, tindakan susulan penguatkuasaan yang akan dilaksanakan terhadap sebarang maklumat pergerakan harga barang dan caj perkhidmatan akan melibatkan penelitian kepada empat elemen seperti berikut:

1. Senarai Barang dan Bentuk Perkhidmatan Pergerakan harga barangan dan caj perkhidmatan tertakluk kepada senarai barangan dan perkhidmatan di bawah senarai semakan semula Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan.

  1. Senarai Perniagaan dan Syarikat Berdaftar

Pergerakan harga barangan dan caj perkhidmatan tertakluk kepada perniagaan dan syarikat yang melebihi nilai ambang (threshold) yang ditetapkan dan bertanggungjawab untuk berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

  1. Tempoh Pergerakan Harga dan Caj

Sebarang pergerakan harga barangan dan caj perkhidmatan tertakluk kepada tempoh kuat kuasa pelaksanaan dasar baharu berkaitan SST.

  1. Margin Pergerakan dan Pencatutan

Margin atau kadar pergerakan harga sesuatu barangan atau caj perkhidmatan tidak melibatkan elemen pencatutan dan tidak bertentangan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Setiap perniagaan dan syarikat adalah dinasihati untuk mengambil kira kesemua empat elemen sebelum melakukan sebarang pergerakan harga barangan atau caj perkhidmatan. Untuk mengelakkan sebarang pelanggaran kepada kerangka perundangan berkaitan, semua pihak berkaitan adalah perlu membuat rujukan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berhubung polisi dan mekanisme pelaksanaan dasar baharu berkaitan SST. Manakala, rujukan boleh dibuat kepada Bahagian Penguat Kuasa KPDN untuk mendapatkan nasihat berkaitan prinsip asas dan mekanisme penentuan pencatutan.

Berdasarkan statistik bermula 1 Julai hingga 8 Julai 2025, sebanyak 375 premis melibatkan 1,698 Stock Keeping Unit (SKU) telah diperiksa oleh pasukan penguat kuasa KPDN di seluruh negara. Daripada jumlah itu, sebanyak 6 Notis Hadir di bawah Seksyen 21 Akta 723 telah dikeluarkan. Sebanyak 2 syarikat telah hadir dan bersetuju untuk menangguhkan kenaikan harga serta mengekalkan harga sedia ada. Manakala 2 syarikat lain telah hadir dan memaklumkan bahawa pergerakan harga jualan adalah diselaraskan dengan pengenaan cukai jualan manakala 2 syarikat lain sedang dalam tindakan sesi libat urus.

Sepanjang tempoh pelaksanaan OPS KESAN sehingga 8 Julai 2025, terdapat 17 aduan yang direkodkan berkaitan OPS KESAN 4.0. Kesemua aduan ini masih dalam siasatan lanjut.

KPDN akan mengambil tindakan tegas sekiranya kenaikan harga yang tidak munasabah dilakukan dan tidak sejajar dengan perundangan pencatutan. Individu yang disabitkan kesalahan melakukan pencatutan boleh didenda sehingga RM100,000.00 atau tiga tahun penjara, atau kedua-duanya sekali. Manakala bagi syarikat, denda sehingga RM500,000.00 boleh dikenakan jika disabitkan kesalahan. KPDN juga terbuka untuk memberikan nasihat berkaitan prinsip asas dan mekanisme penentuan pencatutan bagi memastikan peniaga sentiasa peka dengan undang-undang yang sedang dikuatkuasakan.

Tindakan ini adalah sebahagian daripada inisiatif KITA GEMPUR yang telah dilancarkan pada 19 Oktober 2024 lalu dalam menangani isu manipulasi dalam aktiviti perniagaan. Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti manipulasi harga disarankan untuk menyalurkan aduan yang lengkap dan tepat melalui saluran berikut:

  1. Pusat Arahan Penguatkuasaan 03-8882 6245/6088;

  2. WhatsApp 012-665 4292;

  3. Portal e-Aduan KPDN iaitu https://eaduan.kpdn.gov.my;

  4. Call Centre 1-800-886-800; dan

  5. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN.