Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Setiausaha Didakwa Seleweng Dana Awam Untuk Kegunaan Peribadi
JAKARTA — Seorang pejawat awam di Majalengka, Jawa Barat ditahan selepas dipercayai menyeleweng dana awam melebihi Rp513 juta (sekitar RM134,300) untuk aktiviti judi dalam talian dan membeli mata wang permainan dalam telefon pintar, lapor Kompas.
Menurut Ketua Seksyen Jenayah Khas Kejari Majalengka, Hendra Prayoga, suspek didapati memindahkan wang dari akaun rasmi kerajaan desa ke akaun peribadinya.
Suspek kemudiannya menggunakan untuk aktiviti judi talian dan membeli ‘diamond’ dalam permainan video popular, Mobile Legend Bang Bang (MLBB).
‘“Suspek mengaku dengan sengaja memindahkan dana tersebut bagi tujuan peribadi. Sebahagian besar wang telah digunakan untuk berjudi dan membeli item permainan,” kata Hendra dalam sidang media.
Tambahnya, suspek kini telah direman di Penjara Kelas IIB Majalengka bermula 3 hingga 22 Julai 2025 bagi tujuan siasatan lanjut dan pendakwaan.
Difahamkan, kes berkenaan terbongkar selepas aduan dibuat masyarakat tempatan, sebelum disiasat oleh pihak berkuasa.
Siasatan mendapati modus operandi suspek adalah melakukan penyelewengan secara berperingkat, antara Februari dan Mac 2025 bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Menurutnya, jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara minimum empat tahun dan maksimum 20 tahun, serta denda atau rampasan harta hasil penyelewengan.