Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Suri rumah jana pendapatan
Kredit: Bernama

Suri Rumah Jana Pendapatan Lumayan Hasil Gubahan Bunga

Azizah Najib

Suri Rumah Jana Pendapatan Lumayan Hasil Gubahan Bunga

SEREMBAN (Bernama) – Bermula dengan sekadar hobi kerana minat yang mendalam terhadap seni, seorang suri rumah di sini mampu menjana pendapatan lumayan hasil kreativiti menggubah bunga daripada dawai baldu sekali gus menjadikannya sebagai sumber pendapatan tetap.

Siti Amirah Pilus, 36, berkata dia mula berke­cimpung dalam bidang gubahan pada 2014 dengan mengambil upah membuat hantaran perkahwinan sebelum beralih sepenuhnya kepada gubahan menggunakan dawai baldu sejak tiga tahun lepas.

“Saya mula belajar gubahan menggunakan dawai baldu ini apabila tertarik melihat tutorialnya di Instagram dan terus minat, kemudian saya beli dawai berkenaan dan cuba buat, saya nampak hasilnya agak baik.

“Pada awalnya agak sukar tetapi lama-kelamaan jadi mudah apabila kita sudah dapat rentak dan corak untuk menghasilkan sesuatu gubahan dengan senang seperti bunga, rantai kunci (keychain), perhiasan dan jambangan bunga,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di sini.

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata gubahan dawai baldu itu dapat dihasilkan dalam tempoh lima minit bagi gubahan kecil dan dua jam untuk gubahan bunga besar seperti jambangan bunga yang dijual pada harga antara RM3.50 hingga RM250 mengikut jenis dan permintaan.

Kredit: Bernama

Lazimnya pelanggan akan menempah gubahan jambangan bunga baldu dan bunga hiasan untuk majlis konvokesyen atau persaraan sebagai hadiah kerana ia kekal cantik dan tidak layu berbanding bunga asli serta boleh dijadikan kenangan.

“Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan setiap bulan saya akan peroleh pendapatan lebih RM1,500 hasil daripada jual gubahan ini dan pernah mencecah RM8,000 selepas produk ini mula tular di media sosial,” katanya sambil menambah menjalankan perniagaan itu di rumah.

Anak kelahiran Jempol itu berkata dia antara usahawan bimbingan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan mendapat bimbingan dan bantuan daripada agensi itu sebanyak RM5,000 secara sekali beri menerusi Program Quick Win.

Siti Amirah berkata sehingga kini beliau tetap aktif mengikuti pelbagai kursus anjuran KEMAS terutama kepada usahawan mikro untuk meningkatkan ilmu dalam dunia perniagaan.

“Impian saya pada satu hari nanti supaya dapat membuka sebuah kedai untuk menjual produk gubahan dan hiasan saya dengan lebih meluas, walaupun secara kecil-kecilan tetapi saya puas hati apabila pelanggan gembira dengan hasil tangan saya,” katanya.

Beliau turut berkata bakat yang ada pada dirinya itu tidak akan disia-siakan sebaliknya digunakan untuk menghasilkan sesuatu yang dapat memberi manfaat buat dirinya dan peminat seni gubahan.

Sumber: Bernama

BACA: Objek Misteri Terbang Di Langit Sarawak Cetus Spekulasi

BACA: Tip: Ini Apa Yang Anda ‘Wajib’ Tahu Sebelum Beli Car Escape Tool