Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
tali pusat bayi
Gambar: AI/ImageFX

Bahaya Amalan Tidak Memotong Tali Pusat Bayi Selepas Kelahiran

Hannah

Bahaya Amalan Tidak Memotong Tali Pusat Bayi Selepas Kelahiran

Umum diketahui, amalan tidak memotong tali pusat bayi atau dikenali sebagai lotus birth, memang sudah lama diamalkan dan popular dalam kalangan orang terdahulu.

Namun, tidak ramai yang sedar bahawa kaedah yang dianggap ‘semula jadi’ ini sebenarnya tidak disokong oleh sains perubatan dan boleh membahayakan kesihatan bayi.

Apa itu lotus birth?

Menurut Pakar Perunding Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah, lotus birth atau nama perubatannya “umbilical non-severance” ialah amalan di mana tali pusat dan uri (plasenta) tidak dipotong selepas bayi dilahirkan.

Sebaliknya, ia dibiarkan melekat kepada bayi dan akan tertanggal dengan sendirinya secara semula jadi, biasanya dalam tempoh 3 hingga 10 hari.

Amalan ini sering dilakukan oleh individu seperti doula (pembantu bidan) tidak bertauliah, yang tidak mempunyai latar belakang perubatan sah.

Walaupun ada yang percaya ia memberi manfaat kepada bayi, pakar perubatan dan kajian saintifik jelas menunjukkan sebaliknya.

Bukti kajian saintifik tentang bahaya lotus birth

Dr Suhazeli berkongsi beberapa dapatan kajian perubatan yang membuktikan risiko amalan ini. Antaranya:

1. Kes bayi dijangkiti sepsis dan endokarditis

Satu kajian kes melaporkan bayi yang tidak dipotong tali pusat selepas lahir telah mengalami sepsis dan endokarditis, iaitu jangkitan bakteria ke jantung.

Kuman yang dikesan ialah Staphylococcus lugdunensis, yang menyerang seawal hari pertama kelahiran.

2. Jangkitan omfalitis (tunggul tali pusat)

Kajian turut mendapati jangkitan pada tunggul tali pusat (omfalitis) boleh berlaku apabila tali pusat tidak dipotong.

Ini boleh menyebabkan keradangan dan jangkitan serius kepada bayi.

3. Siri kes di Malaysia

Antara tahun 2014 hingga 2017, enam kes lotus birth direkodkan di Malaysia.

Walaupun tiada jangkitan dilaporkan, sebahagian ibu menolak imunisasi penting seperti vaksin Hepatitis B dan suntikan vitamin K.

Ini menunjukkan golongan yang mengamalkan lotus birth cenderung menolak perubatan moden, yang penting untuk kesihatan bayi.

Pandangan pakar perubatan

Beberapa institusi dan pakar perubatan terkenal di peringkat antarabangsa juga menolak amalan ini. Antaranya:

  • American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG): Tidak menyokong lotus birth kerana kekurangan bukti saintifik serta risiko jangkitan yang tinggi.

  • Royal College of Obstetricians and Gynaecologists (RCOG): Menasihatkan supaya berhati-hati dan tidak mengamalkan kaedah ini kerana ia tidak memberi manfaat kesihatan yang jelas.

  • Dr Clay Jones, Pakar Pediatrik: Menyatakan lotus birth bukan sahaja tidak bermanfaat, malah boleh menyebabkan jangkitan bakteria serius yang mengancam nyawa bayi.

  • Prof Imelda Balchin (Hospital Damansara): Menyeru ibu-ibu agar tidak mudah terpengaruh dengan amalan yang berbahaya dan tiada asas perubatan ini.

Pertimbangan agama & etika

“Dalam konteks Islam, kajian oleh penyelidik dari Universiti Malaya menyatakan bahawa amalan Lotus Birth bertentangan dengan hukum Islam kerana ia tidak memberikan manfaat yang jelas dan berpotensi membahayakan bayi dan ibu.

“Oleh itu, amalan ini tidak digalakkan dari perspektif syariah,” jelas Dr Suhazeli.

BACA: Mufti Selangor Perjelas Hukum Jual Beli “Blind Box”

BACA: Trend S Line: Bahagian Dakwah JAKIM Ingatkan Umat Islam Jangan Normalisasi Aib

BACA: Masih Relevankah Hibah Selepas Boleh Dicabar Di Mahkamah?

Sumber: Dr Suhazeli Abdullah/FB