Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
trend s line
Kredit: DALL E

Trend S Line: Bahagian Dakwah JAKIM Ingatkan Umat Islam Jangan Normalisasi Aib

Sofea

Trend S Line: Bahagian Dakwah JAKIM Ingatkan Umat Islam Jangan Normalisasi Aib

Media sosial menjadi medium penting untuk orang ramai berkomunikasi, bukan sahaja secara domestik malahan dengan orang dari luar negara juga. Justeru, tidak hairan jika sebarang trend menular dengan sangat pantas di seluruh dunia.

Bagaimanapun, kadang kala trend tersebut juga mendatangkan keburukan kepada seseorang terutama bagi umat Islam.

Trend S Line

Terbaru, tular mengenai drama bersiri dari Korea Selatan, S Line. Ia mengisahkan tentang seorang lelaki yang boleh melihat garisan merah misteri atas kepala orang yang pernah melakukan hubungan seksual.

Semakin ramai pasangan, semakin banyak garisan merah itu akan kelihatan dan ia juga bersambung dengan dua individu yang pernah ‘berhubung’.

Apa yang merisaukan adalah ramai pengguna media sosial termasuk orang Islam memuat naik gambar mereka yang disunting dengan garisan merah itu di atas kepala. Keadaan ini menimbulkan kerisauan terutama apabila maksud garisan merah itu adalah perkara yang tidak baik.

Susulan itu, Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengulas mengenai perkara terbabit dari sudut pandang Islam. Ikuti perkongsian di bawah.

Antara Realiti dan Fantasi

Ramai yang seronok dengan visual dan misteri drama ni. Tapi ada juga yang risau! Kenapa makin ramai suka mendedahkan hal intim secara terbuka?

Trend S LINE secara tak langsung membuka perbincangan tentang budaya dedah aib sendiri, normalisasi seks bebas, dan keghairahan terhadap ‘cinta tanpa batas’.

Asal trending, semua ikut.

Di Malaysia, segelintir netizen dan ustaz-ustaz mula bersuara:

“Allah tutup aib kita, tapi kau bangga tayang sendiri? Itu bukan ‘FOMO’ (Fear Of Missing Out a.k.a takut ketinggalan), itu Mujahir.”

Siapa Mujahir?

Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Semua umatku akan diampuni kecuali golongan Mujahir”

Lalu Baginda SAW menjelaskan:

“Iaitu seseorang yang melakukan dosa pada malam hari, lalu pada siangnya dia menceritakan perbuatannya, padahal Allah telah menutup aibnya.”

Itulah Mujahir. Orang yang bangga buka aib sendiri, kononnya ‘jujur’ dan ‘bebas’, padahal sedang merobohkan dinding rahmat Allah yang menutup dosanya.

Bila Aib Jadi Hiburan

S LINE memang mendebarkan. Cerita dia penuh misteri, plot twist, dan visual garisan merah yang haunting. Tapi di sebalik thrill itu, ada cermin besar untuk kita pandang diri:

Adakah kita juga sedang seronok menayang sesuatu yang Allah suruh kita sembunyikan?

Adakah kita sedang menyokong budaya dedah dosa, walaupun dengan alasan ‘seni’ atau ‘realiti’?

Kerana bila dosa jadi hiburan, dan aib jadi trend, maka neraka pun boleh kelihatan aesthetic, kalau kita tak sedar.

Fahami Budaya Normalisasi

Benda yang paling bahaya dalam hidup kita ni ialah bila dosa tu makin lama makin nampak ‘biasa’. Mula-mula kita terkejut, lepas tu kita diam, lama-lama kita gelak, dan akhirnya kita pun ikut.

Sebab apa?

Sebab semua orang buat. Dan bila semua orang buat, hati kita pun mula berbisik, “Ala rilek lah, bukan kau sorang pun.”

Tapi hakikatnya, dosa tetap dosa walaupun satu dunia buat dan kebenaran tak pernah tunduk pada majoriti. Jangan sampai hati kita jadi kebas, sampai benda mungkar pun dah tak terasa salah.

Pelihara maruah bukan sekadar tutup aurat atau jaga air muka depan orang, tapi jaga diri dari jadi hamba trend yang makin hari makin jauh dari rahmat Tuhan. Sebab bila maruah hilang, yang tinggal cuma jasad yang kosong;

Cantik luar tapi reput di dalam.

Pesan akhir kami,

“Tuhan itu Maha Penutup Aib. Tapi kalau kita sendiri buka, jangan salahkan Dia bila hilang syurgaNya.”

Sumber: Bahagian Dakwah Jakim

BACA JUGA: Roh Orang Mati Jadi Hantu, Ini Penjelasan Bahagian Dakwah JAKIM