Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

8 Simptom Diabetes Yang Mengganggu Waktu Tidur Malam Anda
Tidur malam yang lena adalah kunci kepada tubuh badan yang sihat dan minda yang segar pada keesokan harinya.
Namun, bagi mereka yang menghidap diabetes atau berisiko mengalaminya, waktu tidur sering kali menjadi saat yang paling mencabar.
Rasa dahaga yang tidak henti-henti, kerap ke tandas, berpeluh tanpa sebab atau rasa kebas pada kaki boleh membuatkan tidur anda terganggu berulang kali.
Tanpa disedari, gejala ini bukan sekadar gangguan kecil tetapi mungkin petanda bahawa paras gula dalam darah anda tidak stabil dan perlu diberi perhatianyang serius.
Gangguan tidur akibat simptom diabetes bukan sahaja menjejaskan kualiti rehat malah dalam jangka masa panjang ia boleh menurunkan tahap kesihatan keseluruhan seseorang.
Apabila badan tidak mendapat rehat mencukupi, sistem imun akan menjadi lemah, emosi mudah terganggu dan risiko komplikasi penyakit turut meningkat.
Justeru, penting untuk anda peka terhadap tanda-tanda yang sering muncul pada waktu malam kerana ia boleh menjadi isyarat awal kepada masalah yang lebih besar jika diabaikan.
Oleh itu, jika anda kerap berdepan dengan masalah tidur tanpa sebab yang jelas, mungkin sudah tiba masanya untuk lebih peka terhadap perubahan yang berlaku pada tubuh.
Jom kita kenali apakah simptom diabetes yang kerap mengganggu waktu tidur malam anda agar langkah pencegahan dan rawatan dapat dilakukan lebih awal demi kesihatan yang lebih baik.
Jika anda mendapati diri terjaga berkali-kali untuk ke tandas pada waktu malam, ia mungkin bukan sekadar tanda minum terlalu banyak air sebelum tidur.
Dalam kes diabetes, keadaan ini berlaku kerana paras gula dalam darah terlalu tinggi lalu buah pinggang terpaksa bekerja lebih keras untuk menyingkirkan lebihan gula melalui air kencing.
Akibatnya, tubuh akan kehilangan banyak cecair dan anda pula sering terganggu ketika tidur. Bayangkan jika ini berlaku hampir setiap malam, bukan sahaja kualiti tidur merosot malah badan juga akan berasa lemah dan kurang bertenaga pada keesokan harinya.
2. Dahaga yang berlebihan
Selain kerap kencing, anda juga mungkin mengalami rasa haus yang sukar dipuaskan. Walaupun sudah minum segelas atau dua gelas air, tekak tetap terasa kering dan mulut tidak pernah benar-benar lega.
Rasa dahaga yang berlebihan ini berpunca daripada kehilangan cecair tubuh yang banyak akibat kencing malam.
Masalahnya, apabila anda terpaksa bangun berulang kali untuk mencari air, ia akan terus mengganggu tidur dan membuatkan anda letih pada siang hari.
Jika dibiarkan, keadaan ini boleh menyebabkan dehidrasi yang lebih serius. Lebih membimbangkan, tubuh yang sering kehilangan cecair boleh menjejaskan fungsi organ utama seperti buah pinggang dan jantung.
Keadaan ini juga membuatkan pesakit cepat marah, mudah pening dan susah untuk fokus ketika menjalani rutin harian.
3. Berpeluh malam tanpa sebab jelas
Ada juga sesetengah orang terjaga daripada tidur dengan pakaian yang basah lencun dek peluh walaupun bilik tidur sejuk dan penghawa dingin dipasang.
Ini mungkin tanda paras gula dalam darah menurun terlalu rendah atau hipoglisemia. Berpeluh malam adalah salah satu isyarat tubuh bahawa ia sedang mengalami krisis tenaga yang tidak stabil.
Selain membuatkan tidur tidak selesa, ia juga boleh mengganggu emosi kerana seseorang mungkin kerap terbangun dengan rasa gelisah, resah atau berdebar-debar tanpa sebab yang jelas.
Jika keadaan ini berlaku berulang kali, ia boleh menyebabkan kekurangan tidur kronik dan menjejaskan sistem imun tubuh.
Malah, ada pesakit yang berasa takut untuk tidur kerana bimbang akan terjaga dalam keadaan berpeluh dengan jantung berdebar.
Selain itu, hipoglisemia juga boleh menyebabkan rasa lapar yang datang secara tiba-tiba pada tengah malam.
Kadangkala rasa lapar ini begitu kuat sehingga pesakit terpaksa bangun untuk mencari makanan walaupun baru beberapa jam selepas makan malam.
Tubuh ketika itu sedang memberi isyarat bahawa ia kekurangan tenaga kerana paras gula terlalu rendah.
Jika keadaan ini berulang, ia bukan sahaja mengganggu corak tidur tetapi juga boleh menyebabkan penambahan berat badan kerana tabiat makan pada waktu malam yang tidak sihat.
Lebih parah lagi, makan pada waktu malam boleh meningkatkan risiko asid refluks iaitu gangguan pencernaan yang membuatkan dada terasa pedih.
Akhirnya, tidur bukan sahaja terganggu kerana lapar tetapi juga kerana masalah kesihatan lain yang tercetus akibat tabiat tersebut.
BACA : Rahsia Deko Rumah Nampak Bergaya Dengan “Rules of Three”
5. Insomnia atau tidur yang tidak lena
Gabungan simptom seperti kerap kencing, rasa haus, peluh malam dan lapar mendadak akhirnya membawa kepada masalah insomnia.
Pesakit mungkin berbaring lama tetapi sukar untuk melelapkan mata atau tidur sekejap tetapi kerap terjaga. Walaupun nampak remeh, tidur yang terganggu berterusan boleh menjejaskan fungsi otak, mempengaruhi emosi dan mengurangkan produktiviti pada keesokan hari.
Dalam jangka masa yang panjang, masalah tidur yang tidak berkualiti boleh meningkatkan risiko komplikasi kesihatan yang lain.
Tidur yang tidak lena juga boleh meningkatkan tahap stress dan menjadikan seseorang itu mudah marah dan cepat tertekan.
Jika tidak dikawal, insomnia akibat diabetes ini boleh membentuk kitaran berbahaya kerana semakin sukar tidur, semakin tidak stabil gula dalam darah.
Satu lagi tanda diabetes yang sering mengganggu waktu malam ialah rasa kebas, semut-semut atau sakit mencucuk pada kaki.
Keadaan ini dikenali sebagai neuropati diabetes iaitu kerosakan saraf akibat paras gula dalam darah yang tidak terkawal.
Rasa tidak selesa ini biasanya lebih ketara apabila anda sedang berehat atau berbaring sekali gus menjadikan tidur semakin sukar.
Ada pesakit yang terpaksa bangun hanya untuk mengurut kaki atau berjalan sekejap bagi meredakan rasa sakit tersebut.
Jika tidak dirawat, masalah ini boleh menjadi lebih teruk hingga menyebabkan luka pada kaki yang sukar sembuh.
Kesannya, kualiti hidup pesakit akan merosot kerana sentiasa berdepan kesakitan dan kurang tidur pada setiap malam.
7. Sakit kepala atau mimpi buruk
Antara lain, perubahan paras gula dalam darah juga boleh mempengaruhi corak tidur melalui simptom seperti sakit kepala atau mimpi buruk yang berulang.
Ada pesakit yang bangun dengan rasa berdenyut di kepala atau kebingungan akibat tidur yang tidak lena. Ada pula yang kerap mengalami mimpi yang menakutkan, lalu terjaga dengan perasaan cemas.
Walaupun kelihatan tidak berkaitan, semua ini boleh menjadi tanda awal bahawa gula darah tidak stabil. Mimpi buruk yang berulang boleh menyebabkan seseorang berasa takut untuk tidur sekali gus menambah tekanan emosi.
Lebih merisaukan, sakit kepala kronik akibat diabetes boleh menjejaskan prestasi kerja, tumpuan serta kualiti hidup secara keseluruhan.
Akhirnya, semua simptom ini membawa kepada satu kesan besar iaitu rasa letih dan lesu walaupun telah tidur semalaman.
Pesakit diabetes sering terjaga pada waktu pagi dengan badan yang tidak segar malah ada yang berasa lebih penat berbanding sebelum tidur. Ini kerana tubuh tidak benar-benar mendapat rehat yang berkualiti.
Jika masalah ini berterusan, ia boleh menjejaskan rutin harian, prestasi kerja dan juga kesihatan mental seseorang. Bukan itu sahaja, rasa letih berpanjangan juga boleh mengurangkan motivasi untuk bersenam atau menjaga pemakanan dengan baik.
Akhirnya, ia mewujudkan kitaran tidak sihat yang akan memperburukkan lagi keadaan diabetes pesakit.
Secara keseluruhan, simptom diabetes yang berlaku pada waktu malam adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.
Ia bukan sahaja menjejaskan kualiti tidur malah menjadi petanda bahawa paras gula dalam darah anda tidak stabil. Jika anda sering mengalami tanda-tanda seperti yang kami kongsikan, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Pengurusan gula darah yang baik bukan sahaja mampu mengurangkan simptom ini tetapi juga memberi anda tidur malam yang lebih lena dan kehidupan yang lebih sihat.
Sumber : everydayyummy, timesofindia
BACA : Ini Sebab, Punca Mulut Masih Berbau Walaupun Dah Gosok Gigi