Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Takiyuddin dewan rakyat
Kredit: Bernama

Dewan Rakyat Hari Ini Dijangka Hangat Dengan Usul Menggantung Takiyuddin Enam Bulan

Azizah Najib

Dewan Rakyat Hari Ini Dijangka Hangat Dengan Usul Menggantung Takiyuddin Enam Bulan

KUALA LUMPUR, 4 Disember (Bernama) — Mesyuarat Dewan Rakyat pada hari terakhir sidang kali ini dijangka hangat dengan usul menggantung Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan selama enam bulan.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, usul oleh Menteri Dalam Negeri itu dijangka dibawa usai sesi soal jawab lisan.

Usul berkenaan antaranya menyebut semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 peringkat dasar pada 22 Oktober, Takiyuddin telah berucap berhubung satu kejadian melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Masjid Rusila, Marang, Terengganu.

Usul itu menyebut Ahli Parlimen berkenaan juga dalam ucapannya telah mengaitkan kejadian tersebut dengan Peristiwa Memali pada 1985, serangan terhadap tempat suci ibadat dan percubaan menakutkan rakyat dengan ucapannya telah memberi imej negatif terhadap anggota dan imej APMM sebagai agensi dalam perkhidmatan awam.

Sementara itu, pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) bertanyakan Menteri Belia dan Sukan mengenai bentuk sokongan dan bantuan yang akan diberikan kepada individu melepasi kategori umur belia selepas penguatkuasaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta A1602) mulai 1 Jan 2026.

Pada sesi sama, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) bertanyakan Menteri Sumber Manusia mengenai kemajuan dan kejayaan Dasar Gaji Progresif (DGP) yang telah mula dilaksanakan pada Januari 2025, dengan peruntukan sejumlah RM200 juta bagi tahun ini.

Turut menarik perhatian, soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai jumlah pendeposit Tabung Haji yang menolak tawaran haji sejak 2015 hingga 2025, dan langkah memastikan kuota dimanfaatkan sepenuhnya pada sesi soal jawab lisan.

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari bermula 6 Oktober lepas.

BACA: Banjir Kilat Landa Hulu Langat, Penduduk Siar Secara Langsung

BACA: Minta Disuap, Kisah Pemandu & Anak Yatim Ini Undang Sebak

Sumber: Bernama