Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Air mata bpbd aceh
Kredit: Orang awam
Tiada Kategori

Linangan Air Mata Iringi Laporan Bencana Dari Anggota BPBD Aceh

Azizah Najib

Linangan Air Mata Iringi Laporan Bencana Dari Anggota BPBD Aceh

Baru-baru ini, tular sebuah video yang merakamkan seorang anggota Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Aceh yang berlinangan air mata ketika melaporkan situasi terkini di sana.

Berdasarkan video orang awam yang dikongsikan Official iNews, video berdurasi satu minit 30 saat itu memaparkan seorang anggota BPBD memohon bantuan daripada warga Indonesia berikutan kejadian banjir yang melanda Aceh baru-baru ini.

“Kami mohon bantuan. Kepada seluruh masyarakat Indonesia, angka korban Aceh Utara sudah mencecah 30 jenazah.

“Kami mohon (bantuan). Kami sudah empat, lima hari terputus hubungan, bahan api (BBM) semuanya,” katanya, sebak.

Menerusi video berkenaan, anggota tersebut turut melaporkan jenazah mangsa korban tidak dapat dibawa berikutan kekangan yang dihadapi pihak BPBD di sana.

Susulan itu, anggota berkenaan memohon agar bantuan disalurkan menerusi laluan air.

“Kami perlu melaporkan kepada seluruh masyarakat terutamanya masyarakat di Sumatera Utara, khususnya Medan.

“Kami mohon bantuan melalui laluan air kerana laluan darat sudah terputus atau mengalami kesesakan,”

Difahamkan, kesesakan tersebut berlaku berikutan lambakan kenderaan rosak akibat banjir menghalang laluan.

Anggota berkenaan turut menyarankan agar bantuan disalurkan menerusi Pangkalan Susu.

“Kami akan sambut di sini dan membawa bekalan ke Tamiang, Aceh.

“Begitu juga dengan kota yang lain seperti Aceh Timur, Langsa, Aceh Utara, Lhokseumawe,” ujarnya menahan tangis.

Terdahulu, Astro Awani melaporkan ribuan penduduk Aceh hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka hanyut akibat banjir yang melanda pada 22 November lalu.

Perkara berkenaan dikongsi Komander Blue Sky Rescue (BSR) Malaysia, Patrick Thong yang berada di sana bagi menjalankan misi bantuan perubatan.

Keadaan di sana begitu menyayat hati apabila bekalan elektrik, air serta internet terputus.

Malah, menurut Agensi Bencana Indonesia, Aceh mencatat 218 kematian manakala Sumatera Utara 301 dan Sumatera Barat 193 setakat semalam.

BACA: Banjir Kilat Landa Hulu Langat, Penduduk Siar Secara Langsung

BACA: Hujan Lebat, Ribut Petir Diramal Landa Tujuh Negeri Petang Ini

Sumber: Official iNews, Astro Awani