Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Jangan Keliru, Ini Beza Imbasan CT & MRI
Apabila doktor menyebut imbasan CT atau MRI, ramai yang masih keliru tentang fungsi serta apa yang berlaku sepanjang proses pemeriksaan.
Malah, masih ada yang tertukar fungsi antara kedua-dua jenis imbasan ini, sedangkan kegunaan dan teknologi yang digunakan sebenarnya berbeza.
Perlu tahu, tidak semua keadaan memerlukan imbasan ini, terutamanya imbasan MRI berikutan penggunaannya melibatkan kos yang lebih tinggi berbanding imbasan CT.
Bagi mengurai kekusutan anda, SK kongsikan fungsi dan beberapa perbezaan antara imbasan CT dan MRI menggunakan penjelasan ringkas.
Secara ringkas, pengimejan resonans magnet (MRI) merupakan teknik pengimejan digital komputer menggunakan medan magnet dan gelombang radio.
Manakala Imbasan tomografi berkomputer (CT) pula menggunakan teknologi sinar-X bagi menghasilkan imej.
Dari sudut tempoh masa pula, MRI biasanya mengambil masa yang lebih lama iaitu antara 20 hingga 90 minit manakala imbasan CT hanya kira-kira lima hingga 1 minit. Berikutan itu, imbasan CT kebiasaannya dilakukan bagi kes-kes kecemasan.

Kedua-dua cara imbasan ini dipilih berdasarkan situasi.
Jika doktor ingin melihat imej tisu lembut, doktor akan memilih imbasan MRI. Hal ini berikutan penghasilan imej tisu lembut yang sangat terperinci menerusi imbasan MRI. Kebiasaannya, imbasan MRI digunakan bagi mengenal pasti isu berkaitan otak, saraf tunjang, urat saraf, bahu, lutut dan sendi.
Bagi melihat imej terperinci tulang atau imej tisu lembut yang kurang terperinci, imbasan CT lebih sesuai. Ketika kecemasan, imbasan CT digunakan bagi mencari pendarahan di bahagian dalam, keretakan tulang, usus yang tersumbat, atau darah beku.
Selain itu, imbasan CT juga digunakan untuk mengenal pasti kedudukan ketumbuhan di organ tertentu. Imbasan ini juga digunakan bagi memantau kemungkinan penyebaran kanser di bahagian lain.

Sebelum memulakan imbasan MRI, anda perlu memaklumkan kepada pegawai bertugas jika terdapat implan di dalam tubuh anda berikutan imbasan ini melibatkan penggunaan magnet yang kuat.
Ketika imbasan dilakukan, anda perlu berdiam diri dan cuba untuk tidak bergerak dalam beberapa tempoh tertentu. Anda juga mungkin akan diminta untuk betulkan kedudukan atau menahan nafas dalam tempoh tertentu.
Anda juga mungkin akan mendengar bunyi ketukan yang kuat sepanjang proses imbasan. Berikutan itu, ada hospital yang menyediakan earplug untuk anda.
Berbeza dengan imbasan MRI, imbasan CT tidak menghasilkan bunyi yang begitu kuat.
Sumber: Healthline