Utama

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

YouTube Bakal Benarkan Ibu Bapa Hadkan Tontonan Video Pendek Remaja
New York — YouTube mengumumkan bakal membenarkan ibu bapa meletakkan had masa atau menyekat sepenuhnya tontonan video pendek remaja pada ciri Shorts.
Menurut laporan CNN, pilihan tersebut merupakan salah satu daripada ciri kawalan ibu bapa baharu yang diumumkan oleh platform berkenaan pada Rabu.
Difahamkan, pengenalan kepada pilihan itu merupakan satu usaha platform tersebut dalam meningkatkan usaha melindungi pengguna muda sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Langkah itu dibuat susulan penelitian yang semakin meningkat dalam kalangan keluarga, kumpulan advokasi serta penggubal undang-undang.
Ibu bapa yang menyelia akaun remaja kini boleh menetapkan had masa tontonan Shorts bermula daripada dua jam hingga sifar minit.
“Ibu bapa boleh menetapkan had suapan Shorts kepada sifar apabila mahu anak menumpukan perhatian kepada kerja sekolah, dan mengubahnya kepada 60 minit ketika perjalanan jauh sebagai hiburan,” maklum platform berkenaan.
Ibu bapa juga bakal dibenarkan untuk menetapkan peringatan waktu tidur dan waktu rehat tersuai.
Terdahulu, ciri peringatan automatik itu telah tersedia secara lalai bagi pengguna YouTube bawah 18 tahun.
Sementara itu, YouTube turut menambah satu proses pendaftaran baharu bagi memudahkan ibu bapa mencipta akaun anak yang boleh diselia.
Platform tersebut turut mempermudah proses pertukaran antara akaun bawah umur dan akaun dewasa bagi peranti yang diguna bersama.
Dalam pada itu, YouTube juga sedang mengemas kini garis panduan bagi jenis kandungan yang akan disyorkan serta kandungan yang boleh diakses oleh pengguna remaja.
Menurut kenyataan itu, keutamaan akan diberikan kepada video berteraskan rasa ingin tahu dan inspirasi, membina kemahiran serta pengalaman hidup, dan maklumat berwibawa yang menyokong kesejahteraan.
Ketika ini, pengguna remaja telah disekat daripada menonton kandungan yang berpotensi membawa kemudaratan berulang kali, sebagai contoh kandungan yang mengagungkan bentuk tubuh tertentu.
Kemas kini tersebut susulan daripada pengumuman YouTube mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam meneka umur pengguna.
Pengguna yang dikenal pasti sebagai remaja akan diletakkan secara automatik di bawah tetapan perlindungan bawah 18 tahun, tanpa mengambil kira tarikh lahir yang didaftarkan.
Sumber: CNN