Utama

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

NASA Buka Peluang Orang Awam Hantar Nama ‘Naik’ Roket Keliling Bulan
Umum mengetahui, bukan semua orang dapat menyertai misi ke angkasa lepas. Hanya terbuka kepada mereka yang sudah bergelar angkasawan, misi ini kekal menjadi anganan sewaktu kecil.
Kini dengan pelbagai teknologi yang ada, kita juga sudah dapat turut serta misi walaupun hanya menerusi skrin. Sama ada hanya naik ke angkasa lepas, mahupun mengelilingi Bulan dan Bumi.
Namun, pernahkah anda terfikir yang nama anda juga boleh mengelilingi Bulan bersama misi angkasa lepas?
Melalui satu inisiatif khas, orang awam kini diberi peluang menyertai satu penerbangan bersejarah.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) membuka peluang kepada orang awam untuk menyertai misi angkasa lepas dengan inisiatif Send Your Name With Artemis II.
Misi selama 10 hari ini merupakan misi pertama manusia terbang ke angkasa menaiki roket SLS dan kapal angkasa lepas Orion.
Angkasawan dijangka berlepas sekitar bulan April 2026.

Sabar dahulu. Inisiatif ini bukan bermakna anda dapat menaiki roket bersama angkasawan.
Sebaliknya, ia merupakan program simbolik yang dianjurkan NASA. Nama yang dihantar akan disimpan secara digital dan dibawa bersama mengelilingi Bulan.
Dah tak sabar nak mendaftar? Berikut SK kongsikan cara mudah untuk turut serta inisiatif Send Your Name With Artemis II.
1. Layari laman sesawang https://go.nasa.gov/artemisnames
2. Isikan nama penuh dan kod pin antara empat hingga tujuh digit.
3. Tekan butang Submit.
Dah siap.
Anda akan menerima satu pas masuk berwarna biru, lengkap bersama logo NASA dan maklumat roket yang bakal membawa nama anda ke angkasa.

Peringatan. Anda perlu menghafal atau catat kod pin yang telah dimasukkan. Kod pin tersebut diperlukan jika anda ingin melihat semula pas masuk.
Pendaftaran ini hanya dibuka sehingga 21 Januari 2026.
Inisiatif ini merupakan satu penerbangan ujian mengelilingi Bulan yang diberi nama Artemis II.
Penerbangan yang disertai empat angkawasan ini bertujuan menguji sistem dan perkakasan yang diperlukan untuk penerokaan angkasa lepas.
Angkasawan NASA yang bakal membawa nama-nama peserta merupakan Reid Wiseman, Victor Glover dan Christina Koch. Turut bersama merupakan angkawasan Agensi Angkasa Kanada, Jeremy Hansen.

Menurut pemangku pentadbir bersekutu Direktorat Misi Pembangunan Sistem Penerokaan NASA, Lori Glaze, inisiatif ini merupakan satu usaha membawa semula manusia ke Bulan.
“Artemis II merupakan penerbangan ujian utama dalam usaha kami mengembalikan manusia ke permukaan Bulan serta membina asas bagi misi masa hadapan ke Marikh.
“Ia juga menjadi peluang memberi inspirasi kepada masyarakat di seluruh dunia serta memberi mereka peluang mengikuti perjalanan ini ketika kami menerajui penerokaan manusia lebih jauh ke angkasa,” ujarnya.
Sumber: NASA