Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Karya

7 Karya Termahal Di Dunia, Harga Yang Pertama Siap Boleh Beli 5 Kapal Terbang

Adib Mohd

Bayangkan sebuah karya lukisan yang nilainya mampu membeli lima buah kapal terbang peribadi. Kedengaran seperti plot filem fiksyen, tetapi ini adalah kenyataan di dunia seni.

Korang tahu tak, harga karya seni tidak ditentukan oleh cat dan kanvas semata-mata, sebaliknya oleh sejarah, kisah unik dan status eksklusif yang terkandung dalam setiap sapuan berus.

Dalam artikel ini, min menampilkan 7 karya seni termahal di dunia. Karya-karya ini menjadi rebutan para penggemar seni dan membuktikan bahawa kreativiti manusia mampu menandingi nilai aset fizikal seperti kapal terbang.

1. Salvator Mundi karya Leonardo da Vinci

Harga lukisan ini dianggarkan bernilai sekitar US$450.3 juta (± RM2.1 bilion) dan tahun lelongannya adalah pada tahun 2017.

Karya
Gambar: Salvador Mundi Revisited

2. Interchange karya Willem de Kooning

Dilelong pada tahun 2015, lukisan ini berharga US$300 juta (± RM1.4 bilion)

Gambar: Willem de Kooning

3. The Card Players karya Paul Cézanne

Harga bagi lukisan ini ialah US$250 juta (± RM1.1 bilion) selepas berjaya dilelong pada tahun 2011

Gambar: Paul Cezanne

4. Nafea Faa Ipoipo (When Will You Marry?) karya Paul Gauguin

Harga lukisan ini pula ialah US$210 juta (± RM985 juta). Tahun jualannya adalah pada tahun 2015

Gambar: Galerie Mont-Blanc

5. Number 17A karya Jackson Pollock

Dijual pada tahun 2016, harganya kini bernilai US$200 juta (± RM940 juta)

Gambar: Jackson Pollock

6. The Standard Bearer karya Rembrandt van Rijn

Bernilai US$198 juta (± RM930 juta), lukisan ini telah dijual pada tahun 2022

Gambar: 1st Art Gallery

7. Shot Sage Blue Marilyn karya Andy Warhol

Harga bagi lukisan ini ialah US$195 juta (± RM920 juta) dan ia turut dijual pada tahun 2022

Gambar: Los Angeles Times

Bila tengok hasil-hasil karya ni, korang tahu tak yang seni tak semestinya perlu bernilai tinggi untuk kita hargai?

Kita ambil maklum yang bukan sahaja dunia, malahan Malaysia dan negara-negara serantau ASEAN juga mempunyai hasil seni yang bernilai tinggi walaupun bukan dari segi nilai wang.

Kalau korang nak tahu, seni juga hidup dalam kraf tempatan, budaya dan warisan ASEAN seperti songket, perhiasan, tenunan dan banyak lagi. Korang beruntung sebab semua ni dikumpulkan dalam satu acara besar tak lama lagi.

Kraftangan Malaysia Anjur Acara Mega, Gabung Hasil Karya Seluruh Rantau ASEAN

Untuk maklumat korang, Kraftangan Malaysia sedang menganjurkan ASEAN Arts & Crafts Bazaar 2025 yang menghimpunkan pelbagai karya kraftangan dan seni dari seluruh rantau ASEAN.

Acara ini diadakan bersempena dengan 34th ASEAN Socio-Cultural Community (ASCC) Council Meeting and Related Meeting, menjadikannya bukan sekadar pesta seni biasa tetapi juga sebuah platform yang menyatukan negara-negara serantau melalui kreativiti.

Bazaar ini telah membuka tirainya di Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC) pada 6 hingga 8 Oktober 2025, sebelum diteruskan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur (KKKL) dari 10 hingga 20 Oktober 2025. Setiap lokasi menawarkan pengalaman berbeza tetapi sama-sama memukau.

Pengalaman Seni di SPCC

Di SPCC, pengunjung akan dapat menyaksikan keindahan proses kraf secara langsung melalui Demonstrasi Kraf Antarabangsa yang menampilkan hasil karya dari Malaysia, Filipina, Indonesia, Kemboja, Myanmar, Singapura, Thailand, Vietnam, Laos, China, India, Uzbekistan dan Turkiye.

Brunei – Songket

Indonesia – Tenun Rang Rang

Kemboja – Silk Ikat Weaving

Singapura – Fibre Art Piece

Thailand – Jewellery

Vietnam – Forest-based

Laos – Tenunan

Timor-Leste – Textile (Tais)

Bayangkan dapat melihat sendiri tangan-tangan mahir menenun songket Brunei yang penuh kehalusan, mengenali teknik Tenun Rang Rang dari Indonesia, mengagumi Silk Ikat Weaving dari Kemboja, dan merasai sentuhan unik Fibre Art Piece dari Singapura serta keanggunan perhiasan Jewellery dari Thailand. Setiap demonstrasi seolah-olah membawa kita merantau ke negara asal seni tersebut.

Bukan itu saja, terdapat juga Pameran Khas oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) seperti Kraftangan Malaysia, Tourism Malaysia, Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Jabatan Warisan Negara, Balai Seni Visual Negara dan ASWARA.

Pengunjung berpeluang membeli-belah produk kraf tempatan daripada usahawan seluruh Malaysia, termasuk tekstil, hasil rimba, logam, tanah liat dan pelbagai lagi. Interaksi secara langsung dengan para pengusaha memberi pengalaman yang lebih mendalam dan peribadi, seolah-olah memahami cerita di sebalik setiap produk yang dipamerkan. Tidak lupa juga persembahan kebudayaan yang memeriahkan suasana dengan irama dan tarian pelbagai kaum.

Yang menarik, terdapat kolaborasi khas antara MOTAC dan Maybank sempena mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026, dengan penghasilan kad debit bercetak rekaan tenunan songket Malaysia. Sebanyak 600,000 unit akan diedarkan di seluruh negara bermula Januari hingga Jun 2026, sebuah penghargaan eksklusif kepada warisan seni tekstil Malaysia yang ikonik.

Suasana Unik di Kompleks Kraf KL Dari 10-20 Oktober

Pengalaman di Kompleks Kraf Kuala Lumpur (KKKL) pula membawa suasana yang lebih santai tetapi tetap mempesonakan. Di sini, pengunjung boleh menikmati jualan kraf dan pameran produk baharu, meneroka Pavilion Institut Kraf Negara (IKN) yang menonjolkan bakat-bakat muda, serta menyaksikan sendiri demonstrasi kraf oleh para Adiguru dan usahawan tempatan.

Aktiviti interaktif seperti Eksplorasi Kraf dan Fun Craft memberi peluang kepada pengunjung untuk mencuba sendiri teknik kraf tradisional, manakala sesi Seminar Kraf, Wacana Kraf dan Bicara Keusahawanan menawarkan pandangan tentang bagaimana seni kraf boleh menjadi industri yang lestari.

Gambar: Kraftangan Malaysia

Menariknya, Bazaar di KKKL turut menampilkan demonstrasi kraf antarabangsa daripada pengkarya Brunei, Kemboja, Laos, Thailand, Timor-Leste, Vietnam, China, Uzbekistan dan Turkiye.

Kali ini, tumpuan bukan hanya pada kraf tangan tetapi juga demonstrasi makanan warisan ASEAN yang dijamin memikat selera para pengunjung dan penggemar kulinari serantau. Dikatakan juga, di bazaar ini juga akan jualan makanan yang berkonsepkan Pasar Saloma, di mana para peniaga memakai pakai tradisional dan jualan makanan-makanan tradisi dan viral.

Bagi yang bimbang tentang kesesakan lalu lintas atau tempat letak kereta, tiada alasan untuk terlepas acara ini kerana ia sangat mudah diakses. Pengunjung boleh menaiki MRT ke Stesen Conlay (Putrajaya Line) yang terletak betul-betul di hadapan KKKL, atau memilih untuk menaiki bas Hop On Hop Off KL dan turun di hentian nombor 11. Cara ini lebih mudah, selesa dan santai untuk menikmati pengalaman membeli-belah dan meneroka hasil kraf dari seluruh ASEAN.

Dari lukisan zaman Renaissance, potret budaya pop hinggalah ke hasil kraftangan tempatan, karya-karya seni ini membuktikan bahawa seni tidak diukur dari bahan fizikal semata-mata, tetapi daripada kisah, warisan dan pengaruhnya.

Melihat harga lukisan seperti Salvator Mundi yang mampu membeli lima buah kapal terbang memberi kita perspektif baharu tentang nilai kreativiti manusia.

Siapa tahu, suatu hari nanti karya seni dari rantau ini juga bakal mencipta rekod dunia dan berdiri setanding dengan nama-nama agung ini.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai hadirkan diri ke ASEAN Arts & Crafts Bazaar 2025 yang akan diadakan tak lama lagi terutamanya di.

Nak tahu lebih lanjut, korang boleh ke laman media rasmi Kraftangan Malaysia .
Kalau nak lebih mudah lagi, ikuti page rasmi mereka di Facebook, X (Twitter), Instagram dan YouTube untuk maklumat terkini.