Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Tiada Kategori
AmanahRaya Lancar Joint Global Business Conference 2026, Perkukuh Perancangan Legasi

Syamimi

AmanahRaya Lancar Joint Global Business Conference 2026, Perkukuh Perancangan Legasi

Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) dan Malaysia Law Institution (MLI) hari ini melancarkan Joint Global Business Conference 2026 (JGBC 2026), sebuah persidangan selama dua hari yang akan berlangsung pada 19 dan 20 Julai 2026 di Kuala Lumpur.

Bertemakan “Blueprints for the Future: An Estate Planning Symposium”, JGBC 2026 berfungsi sebagai platform utama yang menghimpunkan pengamal undang-undang, pemegang amanah, pakar kewangan serta pemimpin perniagaan bagi membincangkan isu-isu berkaitan perancangan legasi dan perlindungan harta.

JGBC 2026 dianjurkan oleh Malaysia Law Institution (MLI) dengan kerjasama AmanahRaya, berteraskan objektif bersama untuk memperkukuh penglibatan profesional serta memperkasa kesedaran terhadap Perancangan Pewarisan di Malaysia.

Jack Yap Ngee Heong, Ketua Pegawai Perniagaan & Operasi Kumpulan AmanahRaya, berkata bahawa JGBC 2026 menunjukkan komitmen berterusan AmanahRaya, sebagai satu-satunya Pemegang Amanah Awam di Malaysia, untuk menyumbang secara signifikan dalam memperkukuh perbincangan mengenai Perancangan Pewarisan.

Tambah beliau, Perancangan Pewarisan kini memainkan peranan penting dalam perancangan kewangan jangka panjang, khususnya dalam menghadapi struktur keluarga, perniagaan, dan aset yang semakin kompleks. Menurut beliau, AmanahRaya melihat tanggungjawab ini sebagai peluang untuk meningkatkan kesedaran serta pemahaman rakyat Malaysia mengenai kepentingan Perancangan Pewarisan.

“Platform seperti JGBC 2026 membolehkan dialog daripada pelbagai bidang, mengukuhkan amalan pengurusan legasi, serta menggalakkan pendekatan yang berwawasan, telus, dan berlandaskan tadbir urus yang baik. Inisiatif ini selaras dengan komitmen AmanahRaya untuk membina kepercayaan jangka panjang dalam penyediaan perkhidmatan Perancangan Pewarisan,” katanya.

JGBC 2026 akan menampilkan penceramah dari Malaysia dan luar negara yang akan membincangkan topik utama termasuk perancangan, penstrukturan legasi, dan perlindungan harta. Persidangan ini turut menjadi platform perkongsian ilmu dalam bidang undang-undang, kewangan, dan perniagaan, sejajar dengan usaha memperkukuh ekosistem perancangan legasi di Malaysia.

JGBC 2026 akan berlangsung pada 19 hingga 20 Julai 2026, dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Banquet Hall, Kuala Lumpur Golf & Country Club. Untuk maklumat lanjut mengenai Joint Global Business Conference 2026, sila layari conference.mlawinstitute.com.