Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Hukum Perkahwinan Bulan Syawal
Gambar: Bernama

Apa Hukum Berkahwin Di Bulan Syawal? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

Iqbal Yasir

Apa Hukum Berkahwin Di Bulan Syawal? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

Bulan Syawal merupakan bulan penuh dengan kegembiraan kerana seluruh umat Islam meraikan kemenangan selepas berjaya melawan hawa nafsu selama sebulan pada bulan Ramadan.

Lebih-lebih lagi pada 1 Syawal merupakan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Hari ini menyaksikan sebahagian besar mereka yang beragama Islam mengenakan pakaian serba baru dan bersih.

Terdapat juga pasangan suami isteri yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan pada bulan ini. Bagaimanapun timbul persoalan bahawa adakah majlis yang dilangsungkan pada bulan ini dianggap Sunnah?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di bawah.

Hukum Perkahwinan Pada Bulan Syawal

Gambar: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Soalan:

Asalamualaikum saya ingin bertanya, saya selalu mendengar bahawa berkahwin di bulan Syawal adalah merupakan sunah Nabi SAW. Adakah perkara ini benar dan apakah hukum berkahwin di bulan Syawal?

Ringkasan Jawapan:

Hukum perkahwinan di bulan Syawal adalah disunatkan jika diniatkan untuk mengikut dan mengambil keberkatan dari perkahwinan Nabi SAW dan Aisyah RA. Namun jika seseorang itu tidak mampu untuk berkahwin pada bulan Syawal maka dia boleh memilih mana-mana bulan yang sesuai untuk dia berkahwin.

BACA JUGA: Hukum Sebut Kalimah ‘Allah’ Ketika Niat Wuduk Dalam Tandas

Huraian Jawapan:

Mengikut tradisi bangsa arab bulan Syawal dianggap sebagai bulan yang membawa malapetaka kepada rumah tangga yang dibina pada bulan tersebut. Untuk meruntuhkan tradisi ini Rasulullah SAW berkahwin dengan Aisyah RA pada bulan Syawal. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Aisyah RA berkata:

تَزَوَّجَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي شَوَّالٍ وَبَنَى بِي فِي شَوَّالٍ فَأَيُّ نِسَاءِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ أَحْظَى عِنْدَهُ مِنِّي

Maksudnya: “Rasulullah SAW telah mengahwini ku pada bulan Syawal dan Rasulullah bersama dengan ku juga pada Syawal. Isteri Rasulullah mana yang lebih beruntung di sisi Rasulullah SAW dari pada ku?”

(Riwayat Muslim)

Tujuan Aisyah RA menggambarkan keberuntungan dirinya yang berkahwin dengan Rasulullah SAW di bulan Syawal sebagai menandakan bahawa perkahwinan di bulan Syawal tidak membawa apa-apa kemudaratan seperti sial yang disangka oleh masyarakat jahiliah. Ini menunjukkan kepercayaan bahawa bulan Syawal boleh membawa malapetaka kepada rumah tangga adalah dan tidak benar.

Daripada hadis ini dapat difahami bahawa disunatkan untuk berkahwin pada bulan Syawal. Imam al-Nawawi berkata:

فِيهِ اسْتِحْبَابُ التَّزْوِيجِ وَالتَّزَوُّجِ وَالدُّخُولِ فِي شَوَّالٍ وَقَدْ نَصَّ أَصْحَابُنَا عَلَى اسْتِحْبَابِهِ

Maksudnya: “Hadis ini menunjukkan bahawa berkahwin dan bersama pada bulan Syawal adalah sunat. Para Ashab Syafii telah menyebut dengan jelas mengenai kesunatannya.”

Dalam mazhab Syafii disebutkan bahawa antara perkara yang disunatkan dalam perkahwinan ialah melakukannya pada bulan Syawal. Imam al-Ramli berkata:

وَيُسَنُّ أَنْ يَتَزَوَّجَ فِي شَوَّالٍ، وَأَنْ يَدْخُلَ فِيهِ، وَأَنْ يَعْقِدَ فِي الْمَسْجِدِ، وَأَنْ يَكُونَ مَعَ جَمْعٍ وَأَوَّلَ النَّهَارِ.

Maksudnya: “Disunatkan untuk berkahwin dan bersama pada bulan Syawal, diadakan di masjid, dalam khalayak ramai dan pada waktu siang.”

Alasan mengapa disunatkan untuk berkahwin pada bulan tersebut ialah kerana mengikut amalan Nabi SAW. Oleh itu diriwayatkan juga bahawa Aisyah gemar supaya para wanita dari keluarganya juga berkahwin pada bulan Syawal sebagai mengambil keberkatan kepada perkahwinan beliau dengan Nabi SAW.

BACA JUGA: Dr Zulkifli Perjelas Hukum Kahwin Sepupu Dalam Islam

Walau bagaimanapun Imam al-Syaukani mengkritik pendapat ini kerana menurut beliau tidak ada riwayat yang khusus menceritakan bahawa Nabi sengaja memilih Syawal untuk dilakukan perkahwinan. Menurut beliau lagi perkahwinan tersebut hanyalah terjadi secara kebetulan sebagaimana Nabi juga berkahwin pada bulan-bulan yang lain.

Meskipun begitu, pandangan Imam al-Syaukani ini tidak tepat kerana jika perkahwinan tersebut berlaku secara kebetulan lalu mengapa Aisyah RA mengkaitkan perkahwinan di bulan Syawal untuk mendidik masyarakat ketika itu agar tidak mempercayai sial di bulan Syawal

Mengenai masalah ini kami berpandangan bahawa perkahwinan pada bulan Syawal disunatkan jika diniatkan untuk mengikut kepada Nabi SAW. Meskipun tidak ada dalil yang jelas menyebut berkenaan sunat berkahwin ketika bulan Syawal namun ulama memahami kesunatannya daripada kenyataan Aisyah RA. Selain itu, perkahwinan di bulan Syawal disunatkan ketika dia boleh memilih sama ada ingin melakukannya pada bulan Syawal ataupun pada bulan-bulan yang lain. Manakala jika ada keperluan untuk berkahwin pada selain bulan Syawal maka ketika itu tidak lagi disunatkan untuk berkahwin pada bulan tersebut. Imam al-Syirwani dalam hasyiahnya kepada kitab Tuhfah al-muhtaj berkata:

وَقَوْلُهُ وَيُسَنُّ أَنْ يَتَزَوَّجَ فِي شَوَّالٍ أَيْ حَيْثُ كَانَ يُمْكِنُهُ فِيهِ وَفِي غَيْرِهِ عَلَى السَّوَاءِ فَإِنْ وُجِدَ سَبَبٌ لِلنِّكَاحِ فِي غَيْرِهِ فَعَلَهُ

Maksudnya: “Perkataan pengarang – disunatkan berkahwin pada bulan Syawal – ialah jika dia boleh memilih sama ada ingin berkahwin pada bulan Syawal atau lainnya. Jika dia mendapati sebab yang kuat untuk bernikah di bulan yang lain dia boleh melakukannya.”

Kesimpulannya, Hukum perkahwinan di bulan Syawal adalah disunatkan jika diniatkan untuk mengikut dan mengambil keberkatan dari perkahwinan Nabi SAW dan Aisyah RA. Namun jika seseorang itu tidak mampu untuk berkahwin pada bulan Syawal maka dia boleh memilih mana-mana bulan yang sesuai untuk dia berkahwin.

Wallahu A’lam

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan